Flux Lounge


Merdeka dan Menderhaka Dalam 50 Tahun!

Sultan
+ 5 Ogos 1957 – Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ‘seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah aku ingin menulis artikel MERDEKA ini. Aku marah, aku kesal, aku sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia. Harap tuan bersabar dalam membaca penulisan yang agak panjang ini. Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu kelak. Insyaallah!

01. PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!

Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.

Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?

Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.

Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.

02. PERJUANGAN FASA I
Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.

Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…

Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.

Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Merdeka?
+ Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.

Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street

Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..

03. PERJUANGAN FASA II
Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.

Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, jika tuan-tuan tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang
+ Pejuang-pejuang Melayu yang menuntut kemerdekaan.

Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca penulisan ini dan pada sesiapa yang tiada tahu, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.

Aku berasal dari Kulim, Kedah Darul Aman. Berdarah turun dari ketuanan Aceh, Pattani dan Mekah. Perkampungan aku yang ada di Kulim dikenali dengan nama Kampung Padang Ubi (belah ayahanda) yang merupakan sepelaung dari Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam Bisawab.

Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.

Berita Harian
+ Berita Harian 1957.

03. PERJUANGAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat.  ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ‘kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hessein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam Bisawab…

R = Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad – Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi – Bapa Pembangunan Insan
N = ???

Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…

Aku bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM. Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Yang Di Pertuan Agong
+ Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…

Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!

Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada aku hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan aku masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu aku akan terus menderhaka, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… Menderhaka terhadap UMNO dan talibarutnya…!!


24 Comments so far
Leave a comment

merdeka kah aku?
mereka? dan keluarga mereka?

Comment by liroy

[…] Merdeka dan Menderhaka Dalam 50 Tahun! […]

Pingback by Back On Track… « Flux Lounge

malaysia SIALAN!!!musuh rakyat INDONESIA.

Comment by febri

tenang Febri.. Kalau Malaysia musuh, masakan kami menerima ramai pekerja Indonesia datang bekerja di sini.. Bukan Malaysia yang jadi musih kamu, tapi Kerajaan Malaysia yang bikin kelam kabut. Kerajaan Barisan Nasional!

Comment by Farul Azri

system malaysia ( politik ) dah corrupt.. hancur..rosak.. teruk.. kritikal.. musnah…

jln penyelesaian… rujuklah..baca dan pahami maksud di dalam kitab suci alquran sebagai cahaya..petunjuk yg hak dan benar…

Comment by manusia

[…] buat Maryam Mohd dan Edyes Dot Com kerana memaparkan article saya setahun yang lepas iaitu ‘Merdeka dan Menderhaka Dalam 50 Tahun‘ di laman blog kamu. Inshaallah, kebenaran akan muncul tak lama […]

Pingback by Shamsiah Fakeh Dalam Kenangan « Flux Lounge

iya..

jangan lupa dan buta sejarah bahawa.. UMNO ditubuhkan oleh dato’ onn jaafar..

kajilah sejarah perjuangan dato’ onn.. kenapa dan mengapa UMNO..

Comment by anak rantau di johor

Keatahilah bahwasanya, sejarah Jepun telah membuka banyak mata orang melayu, bila mana dakatakan oleh orang2 tua ” Jepun ni buat orang cerdik psaia dia godam orang”. Dan kalau dikaji Jepun tidak sejahat yang disangka . bahkan ada yg kata Jpeun lah pembela Melayu ( walaupun dia mnolak permintaan Ibrahim Yaacob untuk merdeka kerena pada waktu itu Jepun melihat Melayu adalh sangat2 tak bersatu). ..sayang benda ini dah dilupuskan oleh sejarah Malaysia yang 123456789% dimanipulated oleh British.

Sehinggaa kini Jepun adalah musuh USA dan British, kerana ” luka yang lama belum dapat aku sembuh “..kalu Islam kita tak heran kenapa jadi musuh depa..

Comment by Shade Asri

betul..jepun adalah pembela melayu yg sebenarnya..bijak btul org2 british ni ek..

Comment by Lan

Tahukah anda , anda telah terlupa menyatakan peristiwa semasa peralihan kuasa daripada askar Jepun kepada Inggeris. Tanyalah orang-orang tua terutama di Batu Kikir semasa pemerintahan bintang 3 selama 15 hari? Jangan hendak mengubah sejarah tanpa melakukan kajian terperinci dan ilmiah.

Comment by halirafi

3 bintang 15 hari tu Cina la, fakta senang puih tu pun tak tau , nak surh orang koreak dalam2 , saya tau la tok saudara saya cerita smua

Comment by shade

Fakta sejarah boleh diubah jika ada sumber2 yg kukuh. Sebenornya omputih yg cuba memesongkn fakta sejarah kita.

Comment by Tok Wan Asan

isyhk..
yke korang ni,jgn lh sedap mulut je,beta x tduh kalian cuma akan memberikan kesan kepada rakyat malaysia je bkn kerajaan!

Comment by sarjan

Bagi aku kita sebenarnya masih lagi dijajah oleh penjajah.Tengoklah sekarang apa saja yang kita buat semuanya dari pemikiran barat. Pelajaran masih lagi ditakuk lama.Kita hanya lantang berkat tapi akhirnya hampas.
Aku ada baca satu bukau residen orang putih pertama berkata “Tidak akan merdeka sesebuah negara tersebut selagi tidak ada penggamti yang pemikirannya macam kepala penjajah, kalau ada barulah negara tersebut di merdekakan oleh penjajah.”
Apa jadi dengan sistem perundangan kita sekarang hancus belaka.Dulu penjajah susah nak usik raja sebab sistem perundangan kita masa tu kuat, rakyat takut nak derhaka pada raja. Orang putih bijak, dia hantar anak muda untuk belajar di London, di sana mereka belajar perundangan orang putih. Bali tanah melayu budak ni pun amalkan apa yang di orang belajar.Siapa yang derhaka sebenarnya,Melayu jugak dulu kini dan selamanya begitu, melayu mudah lupa diri.
Betul aku setuju Jepun telah banyak mencelikkan mata kita. Orang putih hanya membutakan mata kita.
Apa jadi dengan pejuang melayu spt Mat Kilau dan sebagainya mereka dicop sebagai penentang sdangkan mereka ini lah pejuang yang sebenarnya.Banyak fakta sejarah pejuang melayu telah dipadamkan dari dunia ini.Pejuang Islam juga demikian, mereka dicop sebagai penganas apabila mempertahankan agama dan negara sendiri.

Aku bukannya dari golongan terpelajar tapi aku belajar. Aku bukanya dari golongan pengkaji tapi aku mengaji.

Kita janganlah terlalu taksub dengan bangsa sendiri, sedangkan nabi dulu tidak memperjuangkan bangsa arab, tapi Islam yang di tegakan.Islam adalah islam, tiada hadari spt. sekarang.

Comment by abdu aziz

aku suka baca post ni.menyedarkan bahawa masyarakat kita dulu snagt bertolenransi dengan penjajah dan sangat memikirkan kepentingan org lain masa tu sampai sepertima tak mampu buat apa sampaikan beratus tahun dijajah dipijak tanjak

Comment by adam

aku suka baca perkara2 kat sini sebab:

1-ada yang mengatakan system perundangan zaman dulu kuat???bukan sistem perundangan..tapi SISTEM PENTADBIRAN…perkataan melayu pun terkial2..rakyat takut pada raja,sebab tu tak pernah bersuara..raja dulu berserah tanpa bnyak bicara..habuan kecil ditawar penjajah mampu membeli amanah rakyat yang mahukan dasar tidak campur tangan..lantas penjajah dipersalah secara total..sedangkan institusi kita juga sebenarnya punca..jangan dipersalah mereka yang menuntut ilmu diluar sana..sedangkan ilmu itu yang membebaskan kita..jika tidak,mana mungkin ketika negara lain melutut bank dunia meminta sedekah membebaskan mereka dari dibelenggu kegawatan..negara kita yg bertunjangkan cerdik pandai hasil keluaran negara sendiri hanya bersandar kepenatan setelah berpenat lelah berusaha untuk keluar dari situasi trsebut???

lagipun..ilmu yang dicedok..ilmu yang brmanfaat kalau tidak diaplikasi..apa guna?

kita yang berbilang kaum punya anutan dan ajaran agama masing2..ajaran agama kita junjung..ajaran duniawi yang brmanfaat jgn prnah ditolak..

jepun dahulu..dan sekarang ternyata berbeza…tak perlu aku terangkan sebab semua pembaca punya akal penafsiran tersendiri..

konklusinya,tak kira kita keluaran institusi pengajian tempatan,barat,jepun,korea,china..
kenapa kita tak boleh membangunkan negara..ideologi berbeza menutup pintu mata hati dan mata…sedangkan kita wajar mengekalkan keamanan yang sedia ada..tak perlu mencari isu menimbulkan sengketa..hanya kerana ideologi kita tidak sealiran.

salamn diskusi.

Comment by glory

Kita bangsa melayu telah lama dijajah dan telah ramai yg menjajah kita… bagi aku, negara kita sudah merdeka… Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni lah yang membolehkan kita membuat ulasan dan komen ni… Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki… bagi sesetengah org apa yang ada amat disyukuri dan bagi sesetengah org pulak tidak pernah cukup… Ya, bnyk kelemahan UMNO yang boleh kita senaraikan mungkin kerana selama ini UMNO yang memerintah dari dulu sampai sekarang,, itulah hasil yang kita kecapi, kita ada dan kita nikmati sekarang…

apakah kita akan jadi lebih baik kalau parti politik lain yang memerintah?? munkin.. tapi apakah tiada penyelewengan? tiada rasuah? adakah mereka akan benar2 membela nasib rakyat sepenuhnya? terbelakah kita kalau DAP yang memerintah? atau PKR yang tuan presiden nya org melayu yang selalu mencanang keburukan negara kepada mata luar… untuk apa?? menceritakan keburukan negara kepada org untuk mendapat apa?? keadilan?? itukah cara nya??

kalau org selalu menyanggah sejarah kewujudan UMNO bukan untuk kemerdekaa… tetapi sedarkah anda punca kewujudan PKR adalah untuk tujuan apa? pada mulanya untuk keadilan siapa?? makin kuat kah melayu sekarang??

dulu aku bersetuju dengan tindakan PakLah membebaskn si Anuar… tetapi bila aku perhatikan keadaan melayu selepas manusia yang ini seorg bebas… melayu lebih rapuh… melayu mula berpecah… sultan & raja mula d cemuh… inikah yang bangsa melayu harapkan?? mungkin perkara ini sudah terjadi sblm kebebasan si manusia ini… tp selepas kebebasan dia perkara ini lebih teruk dan semakin teruk…

Aku orang melayu dan aku takut melihat perkara ini terjadi… Presiden Pas mungkin juga melihat keadaan ini dan membuatkan beliau untuk membina perpaduan antara 2 parti utama negara…

Comment by Jeff Syiru

kita satu bangsa dan satu agama..
tak perlu bertelagah hal2 yg remeh temeh..
kita patut bersatu menentang org2 kafir yahudi.

kalau mahu dipertikaikan budaya, kemerdekaan dan lain2..
usahlah berganyang sana sini.. sia2 aja utk bertikam lidah..
hati boleh jadi sakit dann jiwa tak tenang..

renung2kan wahai sahabat2 ku..

yg baik dtgnya dari Allah.
yg buruk dtg dari aku..

assalammualaikum…

Comment by hendri

hehe… sejarah hitam bangsa2 ternyata sama saja. masih sukur, kiamat belum datang: saat orang baik sekalipun terkena “getah”nya. atau sudahkah (kiamat)?

Comment by hajriansyah

Saya cinta pada malaya dan malaysia.Sejak 1400 banyak peristiwa sejarah dah laku.Kesemua peristiwa peristiwa telah membuka jalan untuk warga malaya dan malaysia supaya dapat buka tirai dunia. Saya sedar selepas perang dunia
pertama dan kedua atau permulaan abad ke 20 barulah muncul kereta, talipon kapal terbang kereta api,radio, tv, computer talipon bimbit dan lain lain lagi. Maksud saya tiap tiap peristiwa memperluaskan fikiran manusia atau
motivasikan mereka. Tiada Jepun, tiada British,
tiada Belanda, Malayan Union atau UMNO tak muncul. Maaf saya kalau salah.Sebelum menang kalah dulu.Ini adalah hakikat.Kita cuba pandang Mianmar, thailand atau
Viatnam. Banding dengan mereka Tanah Melayu dah
banyak jauh kedepan. Jadi kita tak guna salahkan
sesiapapun.Maupun Cin Peng; pembunuh orang Melayu.Pada ketika itu Melayu juga membunuh Melayu. Ini sejarah.Melayu beragama Islam dan
mengikut kitab suci Al-Kuran berhati syratul Mustokim ampunilah karaktar ini dengan besar hati. Tunjuk lah bangsa lain kebesaran Melayu.
Saya banyak campur orang Melayu. Tahulah keistimewaan mereka. Terima kasih.

Comment by Francis Anthony

umno ke or pkr ke or mca..mic..gerakan..ppp atau apa-apa pun parti…semua nya shit…semuanya parti karut….yg betul-brtul hamba nampak yg boleh perjuang kan islam dan umat..adalah parti pas…just pandangan dri ank muda dirantauan..

Comment by tn andak

Sy pn mgkaji dn mgkaji makin hari mkin mdalam,skrg brulah sy ngerti umno lah yg bnyk merosakkn agama,bgsa dn tnh air,
slh 1 nye simple sy komen,bhasa jawi d lpuskn,yg ada d skolah2 bhasa english laknatullah je,sdgkn bhasa asl kita adalah jawi,sb tu bnyk org yg jahil bahasa kitab paling mulia al quran jawi kita lupakan,tp hak kafir inggeris kita agung2kn..btggungjwb lah pmimpin mnanggung dosa tiap2 rakyatnya yg rosak agamanya,kmbalilah pd politik al quran dn hadis,kafir jtuhkn islam dn gntikn dgn sistem politik ngara cra diaorg,sb tu kita ttap dbwh jajahan.aku rela bperang insyaallah,( ORG YG BENAR YG PENGECUT AKAN MATI DLM KEADAAN HINA,BUKAN MEMBELA KBENARAN TP TUNDUK PD KJAHATAN.INGT SAUDARA ORG PGECUT AKN MATI DLM KEADAAN HINA.FISABILLILAH313 3036.

Comment by Umno merosakn agama,bgsa dn ngara.

Hey would you mind letting me know which hosting company you’re using? I’ve loaded your blog in 3 different internet browsers and
I must say this blog loads a lot faster then most. Can you recommend a good
internet hosting provider at a reasonable price? Thanks a lot, I appreciate it!

Comment by idm full version key

Fastidious answer back in return of this query with genuine
arguments and describing the whole thing regarding that.

Comment by paket umroh hemat




Leave a comment