Flux Lounge


PPSMI – Hishammuddin – Umno
March 9, 2009, 2:40 am
Filed under: Malaysian Politics | Tags: , ,

Petang tadi orang tua aku tanya, “Semalam tak pi ke perhimpunan PPSMI..?”
“Malas..” jawab aku.
“Pasai apa malas..?”
“Pasai dah takda mood..! Hishammuddin dengan binatang liar dari Umno ni konon-kononnya membela ketuanan Melayu. Bahasa Melayu. Pembela Raja-Raja Melayu… Tapi yang bangsatnya, sejak bila depa ni buat benda tu semua..? Kalau tak, masakan pendidikan nak diajar dalam inggeris.. Untuk anak kerabat dia semua mungkin depa handal la bahasa inggeris, tapi buat anak-anak Felda..? Anak orang kampung..? Pendalaman..? Aggregate pendidikan dijatuhkan ketahap rendah untuk menunjukkan ramai pelajar cemerlang setiap kali keputusan peperiksaan keluar… Walhal, tahap pencapaian pelajar Malaysia semakin rendah.. Bodoh.. Bodoh..! Hishammuddin cium keris tanda ‘pembela Melayu’ konon… Pergi jahanam la dengan Hishammuddin Tun Hussein..!”

“Anak-anak Melayu boleh berbahasa Inggeris… Tekankan mata pelajaran Inggeris..! Itu yang penting, bukannya mengajar matapelajaran lain dalam bahasa Inggeris..”

Bodoh punya Hishammuddin..!

Advertisements


Pasai Apa SPRM Buat Kerja Laju…?
March 9, 2009, 2:13 am
Filed under: Malaysian Politics, Sebaran Media | Tags: , , , , , ,

Depa la ni dok nampak baik sangat.. Baik sangat-sangat dengan kera-jaan jahaman ni. Pasai apa..? Dok buat kerja laju sungguh. Konon nak basmi rasuah kat seluruh Malaysia termasuk ke akar umbi.. Semua pemimpin Pakatan Rakyat depa nak sebat. Pagi ni pi buat repot, petang dah kawan tu dah kena siasat. Walhal binatang-binatang yang duduk dalam UMNO/BN tu laporan terhadap depa ni dah bertahun dah buat, haram jadah takda siasatan pun.. Nok orommmm… Pasai apa laju sangat pulak depa ni nak kenakan Pakatan Rakyat.? Pasai apa depa ni la ni nampak baik sangat dengan Abdullah Bodohwi..? Ohh.. Baik ada makna rupanya.. Ada geng-geng Micheal Jackson pulak kat belah-belah sini.. Keh keh keh..

Mai kita pakat baca artikel ni! Sumber: Pahang Daily

Pengerusi SPRM Korup!

Anak kepada Ahmad Said Hamdan (Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia) bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap & didenda oleh sebuah mahkamah di Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia.

251

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang. Pegawai Kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Video-video itu bertajuk ‘Reped (sic) Virgin‘, ‘10-Year Old‘ dan ‘High School Students’. “Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima – sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya,” kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya. Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu “balasan” terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu “banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias” di dalam tindakannya. Termasuk perbuatan terkutuk kamu menyertai ‘gerombolan’ Najib untuk merampas kuasa di negeri Selangor..

kpsprmIa berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah kanak-kanak” ke Australia. Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan & kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai “jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu” & seterusnya berjaya “menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM” itu dari mendapat malu & aib akibat peristiwa ini.

Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat dengan begitu cepat & pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan “rasuah serta penyelewengan” yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.

Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap “double standard” yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera & begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya “ada rahsia di sebaliknya”, kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu “tidak bertanggungjawab” sama sekali.

————————————————————————————–

Hahahahahahahahahahahahahahahahaha…!



Rentetan Politik Perak 5 Februari 2009

Reference: Malaysia Kini, Tukar Tiub

Suara Rakyat

kemaskini 12.00am – 1.00am Perhimpunan bersurai secara aman tetapi kenderaan yang lalu lalang di sekitar kawasan kediaman Menteri besar masih membunyikan hon tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Esok para penyokong Pakatan Rakyat akan ke Masjid Bukit Chandan untuk bersolat Jumaat.

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam – dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.27pm Puluhan ribu rakyat sedang berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Perak.

Ucapan sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat datang dari setiap golongan. Warga entah dari mana-mana telah turun berpusu-pusu sehingga mengalahkan semua perhimpunan yang pernah diadakan.

Di luar, ada anasir-anasir kumpulan (dipercayai penyokong Umno dan BN) cuba membuat kacau. Dalam masa yang sama, semua tol ke Ipoh dan utara telah ditahan dan disekat oleh polis. Ribuan lagi penyokong Pakatan Rakyat tersangkut di luar Ipoh.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata  beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

Continue reading



Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari Ini (5 Feb)

SEBARAN MEDIA
5 Februari 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

“Pertahankan Kuasa Rakyat – Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT



Surat Akuan Sumpah Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat – Fauzi Muda
February 2, 2009, 10:53 pm
Filed under: Malaysian Politics, Sebaran Media | Tags: , , , , , ,

Berikut adalah surat akuan sumpah yang dibuat oleh Ketua Bahagian PKR di Ipoh Barat tentang bagaimana beliau telah dicuba untuk disogok dengan duit bernilai RM50 juta oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Inilah corak politik kotor permainan Najib dan Umno yang berusaha keras untuk mengiyakan yang batil.

Sila baca surat-akuan-fauzi-muda ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut penglibatan pihak-pihak yang berusaha mengugut dan merasuah adun-adun PKR. Sebarkan..!



Alif Mim Nun Wau, Alif Tendang Wau = Sarkis

Dari zaman P Ramlee lagi orang dah tak suka Umno. Kepada penganut agama Umno tu, fikir-fikir la…



Alhamdulillah… Ayuh Ke Putrajaya!

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44: PERMATANG PAUH

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2. Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

PERMATANG PAUH

  • Khairy kata nak kuburkan karier politik DSAI di Permatang Pauh. Sekarang siapa yang kena kubur? Khairy kata nak letak jawatan kalau Anwar menang. Jadi saya sebagai rakyat Malaysia berdaftar MENUNTUT agar KHAIRY JAMALUDDIN MELETAK JAWATAN DENGAN KADAR SEGERA! Sila klik di sini.
  • Arif Shah Omar Shah hilang integriti sebagai Melayu dan sebagai seorang Islam! Beliau berani memberikan kenyataan yang mana beliau keluar mengundi pada pukul 8.08 pagi kerana percaya bahawasanya angka ‘8’ bakal memberi sejenis ‘tuah’ pada beliau. Nampaknya beliau lebih Cina dari orang Cina.
  • 5 bas membawa pengundi hantu dari Melaka berjaya ditahan. Anwar turut menaiki salah satu bas hantu tersebut untuk ‘berkenalan’ dengan hantu-hantu yang dikirim Ali Rustam dan Umno khususnya. Sila klik di sini.
  • Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Seri) berserta 2 orang anak lelakinya telah ditahan polis atas tuduhan menghalang kerja polis atau erti kata lain ‘menahan pengundi hantu’. Menurut bilik berita dan rakan media, beliau telah dibelasah dengan teruk di dalam lokap. Wallahualam… Semoga Allah menyelamatkan beliau dan yang ditahan! Sila klik di sini.
  • Lewat tengah malam 25hb Ogos, aku menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan media mengatakan beliau mendapat maklumat sahih dari seorang ahli Umno mengatakan bahawa terdapat lebih kurang 20,000 pengundi hantu daripada anggota polis yang dikerahkan ke Permatang Pauh. Alhamdulillah, mesej berjaya disampaikan kepada saudara Azmin Ali untuk tindakkan selanjutnya.
  • Imam Masjid yang menjadi saksi sumpah lakhnat Saiful Bukhari, Ramlang Poringi membuah pendedahan di atas pentas ceramah PKR di Permatang Pauh. Saiful PEMBOHONG! Sila klik di sini.
  • Petugas PKR berjaya mengesan sindiket mengumpul kad pengenalan pengundi di Permatang Pauh dan mereka-mereka ini dijanjikan pinjaman peribadi sebanyak RM3,000 serta wang tunai RM50 untuk mengundi calon Barisan Nasional. Sila klik di sini.
  • 120,000 Penyokong PKR & Pakatan Rakyat berkumpul di Permatang Pauh sejak awal malam tadi sebagai tanda sokongan kuat kepimpinan DSAI sebagai Ketua Pembangkang baru dalam Parlimen Malaysia dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru. Manakala lebih kurang 50 penyokong Umno mengamuk di Permatang Pauh memecahkan cermin bangunan kerana tak dapat bayaran tugas yang dijanjikan BN. Hmmm… Bekerja kerana wang dan bukan kerana Allah Taala…. Sila klik di sini.
  • Tan Sri Pandikar Amin Mulia tak layak jadi speaker Dewat Rakyat! Beliau kelihatan cenderung kepada Barisan Nasional dan Umno khususnya dari hujah-hujah yang dikeluarkan beliau semenjak dua menjak ini. Beliau yang bertugas sebagai speaker Dewan Rakyat seharusnya bersikap neutral! Beliau hanya seorang ‘Pandikar’ bukannya ‘Pendekar Barisan Nasional’. Sila klik di sini.

Alhamdulillah… 2P daripada 3P sudah berjaya dilaksanakan.

1P – Permatang Pauh (Berjaya)
2P – Parlimen (Berjaya)
3P – Putrajaya (Inshaallah akan menyusul)

Sekalung tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para petugas PKR dan Pakatan Rakyat yang telah menjayakan kempen di Parlimen P44! Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi di Permatang Pauh kerana telah bertindak BERANI! Inshaallah… Ini untuk masa depan kita dan anak-anak cucu kita…

TERUSKAN LANGKAH. LAWAN TETAP LAWAN! ALLAHUAKHBAR!!!!