Flux Lounge


Shamsiah Fakeh Dalam Kenangan

Ya Allah ya tuhan ku. Engkau peliharakanlah roh Shamsiah Fakeh dan tempatkan beliau dikalangan ahli syurga… Amin Ya Robbalalamin!

Al Fatihah…

Kini, rakyat Malaysia hilang lagi seorang pejuang bangsa dan tanah air yang sejati dan tulen. Pejuang ini tak pernah diberi ruang atau nama dibawah pemerintah zalim Barisan Nasional dan Umno secara amnya. Pejuang ini dianggap dan ditulis sebagai penjahat, penderhaka bangsa kerana menyertai PKM (Parti Komunis Malaya) dalam buku-buku teks sejarah sekolah hari ini. Anak Melayu, Cina dan India hari ini tak kenal siapa Shamsiah Fakeh… Penjahat kata mereka! Komunis…

Tapi itu semua kata-kata orang yang buta sejarah. Ini kata-kata orang yang hatinya gelap, ditutup dari cahaya kebenaran. Adakah benar-benar jahat PKM itu? Pada aku tidak sama sekali… Sesungguhnya mereka-mereka itu pejuang kemerdekaan! Tapi kenapa pemerintah kata mereka jahat, kenapa pemerintah buang mereka ke negeri lain? Sebab pemerintah yang ada kini, dulu dan selamanya adalah anjing kepada British.. Ya, British yang menjajah kita dulunya. Mereka-mereka ini, bersekongkol dengan Inggeris untuk menipu Melayu, Cina dan India.. Walhal mereka-mereka itu sendiri Melayu, lahir di Tanah Melayu dan memakai kad pengenalan Malaysia…

Dalam pada fikiran aku bercelaru memikirkan perjuangan orang-orang terdahulu, fikiran ini mengimbas satu memori jauh di sudut kotak fikiran.. Sekitar tahun 2004 kalau aku tak silap. Aku seorang diri pergi melawat pejuang ini di Jalan Klang Lama… Ya, Shamsiah Fakeh! Masa tu arwah dah pun duduk di atas kerusi roda. Kami bersembang panjang tentang sejarah, perjuangan, PKM, AWAS dan macam-macam lagi.. Aku kagum kerana arwah mampu mengingati setiap satu peristiwa seolah-olah ianya berlaku semalam dalam hidupnya.

Kami berbual sehingga lewat petang.. Sebelum aku mengundur diri petang itu, arwah hadiahkan aku satu dakapan mesra dari atas kerusi roda. Sambil menitis air matanya, beliau kata..

“Kalau boleh dan kalau kamu mampu, sebarkan dan tulis sejarah yang betul. Bukan yang direka cipta oleh orang hari ini. Jangan padamkan api perjuangan kamu…” – Kata-kata arwah ini aku simpan jauh ke dalam lubuk hati aku.. Inshallah, bila sampai waktu, kita akan jumpa lagi…

Al fatihah buat Allahyarham Shamsiah Fakeh!

—–

Terima kasih buat Maryam Mohd dan Edyes Dot Com kerana memaparkan article saya setahun yang lepas iaitu ‘Merdeka dan Menderhaka Dalam 50 Tahun‘ di laman blog kamu. Inshaallah, kebenaran akan muncul tak lama lagi…

—–

Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pictures credit: Luqman Hakim


16 Comments so far
Leave a comment

Alhamdulillah..terima kasih atas sokongan saudara memanjatkan doa untuk Arwah nenek saya ini..selepas pemergian arwah saya melayari internet dan melihat begitu byk bloq2 yg megeluarkan cerita arwah..alhamdulillah..walaupun arwah telah pergi tetapi namanya bersama rakan2 beliau yg telah bekorban nyawa untuk memerdekakan tanah melayu patut dibersihkan..semoga usaha murni saudara mendapat keredhaan Nya..generasi sekarang perlu kenal mereka ini sebagai pejuang sejati yg menuntut Merdeka dan bukan sebagai pemberontak atau komunis yg kejam membunuh org melayu..ape yg saya bole kata Arwah ini seorang yg begitu cintakan negaranya sehinggakan apabila dia menceritakan kembali zaman perjuangannya dia akan berdiri tegak walaupun dia x berapa sihat ketika itu..saya begitu bangga mempunyai nenek sepertinya…saya wakil dari seluruh keluarga Fakeh Sutan mengucapkan jutaan terima kasih pada saudara atas usaha saudara..semoga roh Allahyarhamah di tempatkan di sisi org2 yg beriman..Al-Fatihah..

Comment by Keturunan Fakeh Sutan

biar apa org nak kata tentang beliau….aku tetap kata beliau pejuang sejati…biar apa org nak kata beliau pembunuh…..aku tahu kalau beliau tak membunuh……kemerdekaan tak kan wujud seperti sekarang…..!

Comment by izal saffirin

biar apa org nak kata tentang beliau….aku tetap kata beliau pejuang sejati…biar apa org nak kata beliau pembunuh…..aku tahu kalau beliau tak membunuh……kemerdekaan tak kan wujud seperti sekarang…..! Ya Allah ya tuhan ku ampuni segala dosa beliau dan cucurilah rahmat keatas roh nya…….

Comment by izal saffirin

aku memang teringin sangat nak jumpa allayarham tetapi tak kesampaian.aku cikgu sejarah.tiap kali ada peluang aku akan terangkan beliau adalah pejuang bukan pengganas.moga roh nya dicucuri rahmat

Comment by chedin

Alhamdulillah Che Din.. Teruskan mengajar sejarah yang benar..!

Terima kasih Izal Saffirin..!

Comment by Farul Azri

Alfatihah untuk arwah…
Sebagai guru Sejarah, aku cuba membetulkan fakta yang telah dipesongkan dlm buku teks. Telah aku terangkan siapa Shamsiah Fakeh,Dr Burhanuddin AlHelmy,Ibrahim Yaakob dan pejuang kemerdekaan yang tulen. Dan bukan yang mengikut telunjuk Inggeris sehinggakan walaupun kita telah merdeka, tetapi minda kita masih dijajah budaya barat.

Comment by Cikgu ita

dah dasar komunis,komunis jugak laaa…ko tak ingat berapa ramai orang melayu kena pancung,kena tetak,kena sembelih…???lagi nak bela komunis..ko ni mmg bangsa anjing betul laa..-anti komunis

Comment by samdol

pkm ttp pkm…tak der yg baknya ttg pkm… diorg menentang british bkn ntuk merdeka ttp ntuk menjadikan malaysia negara komunis… tolongla jgn buta sejarah!!!walaupn aku blm lahir lg pd zaman tu tp pngalaman org tua aku, rakan2 dia yg brjuang melawan komunis semasa peberontakn kedua 1968 hngga 1989.kesan parut dikaki akibat jerangkp samar dikaki masih kekal shingga sekarang dan kesan racun dr jerangkap samar tu masih ada dlm bdn dia smp skg… pkm ttp pengganas… xder agama pny org… bunuh org melayu…

Comment by bard80

jgn luperkn peristiwa bekor xslh aku… iaitu serangan komunis di kg org melayu… pembunuhan org melayu di merbau pulas, serangan bom di kem pph jalan pekeliling, pergaduhan kaum di batu pahat dan yg paling kejam skali serang hendap keatas konvoi polis hutan di pangkalan hulu yg mengorbankan 21 parajurit pd 1968 tak salah aku la yg mayat mereka diseksa dgn telinga dipotong dan kemaluan mereka juga di potong dan di sumbat kedalam mulut…. mcm tu yg dikatakn pejuang kemerdekaan!!!

Comment by bard80

itu blm kira serang komunis di sebuah pekan di selatan thailand lg… diorg serang masjid… penumpang satu bas kena pancung kepala… sebabnya penduduk pekan tu tolong pasukan keselamatan malaysia…. mcm tu ker pejuang kemerdekaan???? mcm tu ker pembela bngsa????
mmg buta sejarah… huh… bukan sj sejarah tp buta perut & buta hati… drpd nk ambk thu pejuang yg nk jdkan malaysia nie negara komunis baik korang gie bntu bks2 parajurit yg pnh brjuang menentang komunis keparat tu… lg bgus… lain kali berkwnla dgn bekas2 parajurit tak kirala tentera ataupn polis yg pnh menentang komunis… sanjung diorg… kenang diorg… & respek diorg… bknnya pd org yg takder agama mcm komunis tu… bodoh… ptut gntung smp mati jer trutama org mcm chin peng anak haram tu…

Comment by bard80

salam diskusi.

kalau setakat dimomokkan cerita yang chin peng tu sudah tua..tak berdaya…tak mungkin memberi sebarang ancaman buat negara…mahu kembali menetap di malaysia…maaf,tak pernah hadir waima sekuman simpati pun dari aku. kalau buku sejarah itu buta, dasar pendidikan kita menipu,wujudnya konspirasi yang menunding jari kerajaan kita cuba memanipulasikan fakta,…
mengapa hampir keseluruhan ibu bapa datuk nenek moyang kita menceritakan perkara yang sama???PKM, ..chinpeng bukan siapa2..mereka hanya pembunuh bangsa kita sahaja…begitukah?
fakta berbeza hanya datang dari mereka yang menyokong komunis..pelik.. saudara, pokok tak bergoyang kalau angin tak bertiup..
cuba fikirkan…jikalau chin peng kembali..dibenarkan kembali..negara kita bakal kacau bilau..aku taknak negara aku yang sekian lama aman..hancur macam negara-negara luar..thailand,indonesia..asia barat..
tambahan..manusia sepertinya (jikalau layak digelar sedemikian rupa,terpulang atas persepsi individu)tak pernah mungkin diberi pengampunan…
dulu,sekarang dan sampai akhirnya.

salam diskusi.

Comment by glory

erm…

sipe yg buat blog nie…

ak respect …..
mmg btol die adlah pejuan kmerdekaan…

Comment by ang_wan

korang semua komunis ka????

Comment by sabon

yg benar pasti akan nampak kebenarannya di suatu masa nanti..

Comment by Shamsudin Bakri

Komunis pejuang.. Berjuang utk apa.. Kemerdekaan.. Kelakar..

Comment by azlan aini

Sebilangan Melayu yang erjerumus dlm kegiatan Pkm sbnarnya tersilap jln perjuangan.

Comment by azlan aini




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: