Flux Lounge


Lompat Si Katak Lompat – JUMP!
June 26, 2008, 8:03 pm
Filed under: Malaysian Politics, Music | Tags: , , , ,

Raja Petra Kamarudin dah buat akuan sumpah dan laporan polis tentang penglibatan Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan profil tinggi, Altantuya Shaariibuu. Anehnya polis menyiasat RPK pulak bukannya menyiasat nama-nama yang disebut dalam laopran RPK. Inilah Malaysia… Poliskan Raja Di Malaysia… 😀

Kotor dan jijik politikus mereka-mereka ini. Kalau sampai sanggup bunuh orang, apa la sangat dengan perihal kita rakyat biasa ni? Lagi la senang nak dicincang lumat! Mengikut laporan RPK, Pak Lah dan menantu hantunya Khairy Jamaluddin ada menerimna laporan dari Perisikan Angkatan Tentera Malaysia, tapi kedua-dua mangkuk ni menafikannya. Mungkin ini kunci kejayaan Khairy untuk mengugut Najib anak beranak dan kunci kejayaan Pak Lah untuk tidak atau melengah-lengahkan peralihan kuasa… Kita tunggu dan lihat!

Sementara tu, inflasi mula menjalar di Malaysia. Harga minyak, beras, letrik, kegunaan harian dan pendek kata segala benda di Malaysia ni dah naik melambung. Yang tak naik gaji pekerja yang makan gaji dan golongan pencen. Orang BN yang anti Pak Lah sibuk menggesa Pak Lah memberi mandat dan kuasa kepada Najib untuk menggantikannya, letak jawatan dan duduk rumah buat anak dengan isteri baru…

Tapi, penyokong Pakatan Rakyat termasuk aku pula sibuk meminta Ahli Parlimen BN agar segera lompat parti bagi membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan pusat! Cepat lah sikit… Rakyat dah sesak ni. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada janji-janji Pakatan Rakyat… 😎

In other word – JUMP NOW!

Here’s a music video of old skool rap duo called Kris Kross with their hit single calle ‘Jump’ circa 1992!



Flux Lounge Blog In Trouble?

Freedom of speech and freedom to speak our own thoughts in Malaysia is bullshit! Even our human rights or the rights to speak your thoughts as a national citizen is being denied by the ruling government i.e Barisan Nasional. The Asia Tech blog and 4896kj.com blog has hundreds of blog address list that most probably being under Bukit Aman special branch surveillance and guess what, my humble blog where I throw most of my deepest thoughts out, not only limited to Malaysian political issues but my challenging life as well is under the list too… Yay!

Ahh.. Never mind. The police has already followed me. They’ve knock on my door once last time and I’m sure they will come again very soon. This showed how the government is so much afraid of us tiny little bloggers that spread nothing but the truth regarding current affairs. There is no such cases in any other country where the corporate body, government suing bloggers over an article they wrote. Raja Petra Kamaruddin (RPK), Jeff Oin and Rocky’s Bru (to name a few) has been denied to their freedom of speech and soon all of us bloggers might be risking facing the same shit. Malaysia oh Malaysia. This shit happen ONLY in Malaysia. Only in Malaysia and this truly shows that we are closely moving towards the tag line ‘Malaysia Boleh’ meaning ‘boleh (can do) in any single thing we’re doing’. Way to go Barisan Nasional! You make your momma proud!

While us all bloggers will keep unite and should never feel tired, fed up to spread the truth behind all of the corruption happen in the government!

GOD BLESS ALL BLOGGERS IN MALAYSIA! GOD BLESS US ALL!



Belia Benci…

Abdullah Taik Minyak

Belia Benci Dadah
Belia Benci Dedah
Belia Benci Pak Lah

Ayuh belia semua, tunjukkan kebencian pada Abdullah Ahmad Badawi, Barisan Nasional dan ahli/wakil UMNO yang korup!

P/S: Mawi yang cakap ni… Bukan aku! 😀



Stuff That Stuck In My Head #2

Berita Kepada Kawan
(Buat Sahabat-Sahabat Yang Kian Lalai Dan Engkar)

Perjalanan ini…
Terasa sangat menyedihkan
Sayang… Engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan…

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini…
Seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih…

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya..
Kepada karang.. kepada ombak.. kepada matahari..
Tetapi semua diam.. tetapi semua bisu..
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit..

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan..
Melihat tingkah kita..
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa..

Atau alam mulai enggan..
Bersahabat dengan kita..
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang..

…………………………………………………………………………………………………………………………

Anak-Anak Kita
(Buat Ibu Bapa Yang Risau Akan Masa Depan Anak-Anak… Fikir)

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil menyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir…
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu?

…………………………………………………………………………………………………………………………

Tanya Sama Itu Hud-Hud
(Dalam kalut ada peraturan, Peraturan cipta kekalutan, Di mana pula kau berdiri..? Aku di sini!)

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri?

Di sini

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”



Warkah Buat MMA di Ruang Siber DSAI

dsai..

nak tanya sikit, macam mana cara nak turunkan harga minyak tu.? kami orang kampung ni selalu dimaklumkan harga minyak dunia naik, sebab tu harga minyak di malaysiapun naik. pendek kata memang terpaksa dinaikkan.

jadi cuba la dsai terangkan apa formula nak turunkan harga minyak sambil pembangunan negara diteruskan supaya dapat pula kami terangkan kepada orang lain.

MMA Jun 9th, 2008 at 3:11 pm

Buat MMA:

DSAI banyak menerangkan tentang cara-cara untuk menurunkan harga minyak dalam ceramah-ceramah yang diadakan beliau juga oleh para pemimpin PR yang lain. InshaAllah, kalau difikirkan dari sudut ekonomi dan logikaliti akal manusia, boleh berjaya.

Antara yang pernah dikatakan DSAI dalam siri ceramah beliau mengenai harga minyak ialah untuk memberikan subsidi yang lebih buat rakyat daripada keuntungan Petronas. Dianggarkan bahawasanya keuntungan bersih Petronas dalam jangka setahu adalah sekitar RM80 billion yang mananya selama dalam pemerintahan Abdullah Badawai, subsidi minyak hanya dikeluarkan sekitar RM12-15 billion sahaja buat rakyat. Keuntungan yang dinyatakan di sini adalah keuntungan ‘bersih’ selepas menolak segala modal perbelanjaan Petronas selama setahun.

Datuk Shahrir Samad yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi minyak kepada rakyat yang berjumpah RM56 billion adalah satu bentuk penipuan. Ini adalah kerana Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. Kedua-duanya memberikan dua kenyataan yang berbeza dan bercanggah. Dari sini, rakyat harus berfikir sendiri. mahu terus ditipu atau ingin berubah? Tepuk dada tanya selera.

Keuntungan bersih Petronas yang bernilai sekitar RM80 billion, adalah hak rakyat! Tetapi kerajaan BN dengan sesuka hati memanipulasi kenyataan dan segalanya. Kini, keuntungan Petronas hanya jadi keuntungan kerajaan BN dan kroni-kroninya.

Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong dieksport ke negara luar, yang memberi pulangan RM27 juta (sehari). Petronas untung lebih RM80 billion, yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang. Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Mengikut kata DSAI dalam siri ceramah beliau, harga minyak masih boleh diturunkan ke paras yang lebih waras dari yang ada sekarang dengan menggunakan keuntungan bersih Petronas setahun. Malahan wang-wang tersebut masih berlibihan sehingga DSAI yakin dapat menggunakannya bukan sahaja untuk subsidi minyak, tetapi memberikan pendidikan dan perubatan secara percuma kepada rakyat. Kerajaan BN pula hanya tahu membandingkan harga minyak tempatan dengan harga minyak di negara luar (terutama negara jiran yang bukannya negara pengeluar minyak) tanpa mahu mendedahkan harga sebenar yang dijual di negara-negara pengeluar minyak seperti UAE, Mesir, Arab Saudi, Iran dan sebagainya.

Memang benar – harga minyak dunia kian meningkat. Tetapi siapa yang kawal harga minyak dunia? Amerika Syarikat? Umum mengetahui bahawa Amerika sedang ketandusan minyak dan negara itu sendiri bukanlah pengeluar minyak. Dalam senario dunia hari ini, antara penjual dan pembeli siapakah yang bernasib malang? Penjual atau pembeli? – Fikir-fikirkan…

Nah! Sekarang tuan/puan tahu siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri – Haruslah seorang yang memberjuangkan rakyat dengan hati ikhlas, tulis dan suci – bukannya untuk menggemukkan poket, mengenyangkan anak menantu sendiri…

Lawan tetap lawan!



Abdullah Badawi, Two Words For You – Step-Down!

Pak Lah, Malaysia Prime Minister has done it again! He lied again! he manipulate words again. He throw empty promises again! Now, please someone sue him or charge him on ISA…

By June 5th,2008 (today) all Malaysians will ‘enjoy’ the new petrol and diesel price as announce by the government yesterday. Pak Lah has promised that there will be no petrol price increment at least until August of 2008, but he just lied again. And we, the local citizen has never thought that this bloody-bastard-dick-head dare to even increase it up to RM0.78 makes the new price for petrol per liter is now RM2.70.

Demi Allah, aku hanya manusia biasa yang tak mampu menanggung beban kenaikkan yang seperti ini. Aku punya ibu bapa yang pencen mengharap ehsan, adik masih di alam sekolah. Kenaikkan minyak yang mengejut (dari apa yang dijanjikan PM) sememangnya membuatkan perasaan aku luka, marah, kabut serta seribu satu campur aduk perasaan yang tak mampu aku julang ke kotak fikiran lagi.

Demi Allah, kalau negara Malaysia masih seperti Kerajaan Melayu Kuno, undang-undang berselerak tanpa disusun, pastinya akan ku amuk seluruh pejabat Perdana Menteri seperti mana si Jebat amukkan Sultan dalam Istana, seperti mana Laksamana Bentan lukakan kaki Sultan dikala panggilan Jumaat. Pastinya ku mandikan darah seluruh pejabat PM dan kediaman PM. Tapi, itu mimpi kosong yang tak mungkin terjadi. Aku hanya seorang manusia lemah yang tidak punya ilmu kebal atau santau atau sebarang ilmu-ilmu ghaib. Aku hanya mampu marah, rakyat lain juga marah – tapi apa kuasa yang ada pada kami selain di atas kertas undi?

Harga Minyak Petrol di Negara Pengeluar MinyakPun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang bebal-kolot-bodoh-sombong – Yang takut untuk berubah – Masih mengundi kerajaan jahanam ini. Pada mereka, hanya BN layak memerintah, bukan parti lain, hanya UMNO yang boleh menjaga ketuanan Melayu, bukan parti lain.. Nah, sekarang, rasakan kamu-kamu! – Masih ramai juga yang malas untuk mengundi / mendaftar – Terlalu ramai rakyat terutama remaja yang leka – lena disalut hiburan yang dihidang kerajaan. Jom Heboh, konsert sana sini, Black Eye Peas, Linkinpark, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood – Semuanya untuk melalikan remaja – Semuanya untuk takutkan remaja supaya tidak memilih yang lain dari BN sebab hanya BN yang mampu sediakan semua itu bagi santapan rohani mereka-mereka yang lalai dan tidur. Hanya kerajaan BN yang mampu mengadakan segala santapan bagi nafsu-nafsu serakah dan bodoh mereka-mereka ini. Kerana apa? Kerana remaja-remaja yang seperti ini belum mempunyai pendapatan tetap secara gaji bulanan. Mereka ini hanya ada BBMB – Bapak Bagi, Mak Bagi. Minta segalanya dapat. Mereka ini belum merasa tertekan menjadi rakyat Malaysia. Mereka-mereka yang aku katakan ini, rata-ratanya berasal dari keluarga mewah…

Kadar minyak yang baru, RM2.70 seliter (petrol) cukup membebankan setiap lapisan masyarakat. Jika golongan berpendapatan tinggi pun boleh terasa, inikan pula golongan berpendapatan rendah.

  • PM kata – “Kerajaan masih akan tetap memberi subsudi kepada rakyat”.
  • Aku maki – “Kepala bapak kau Abdullah Badawi!”
  • PM kata – “Rakyat perlu sesuaikan diri dengan rentak kehidupan semasa”.
  • Aku tanya balik – “Macam mana nak sesuaikan diri bilamana segala benda di Malaysia naik mencanak, harga letrik, barang dapur, tambang bas sekolah anak-anak dan segala macam benda lagi tetapi pendapatan isi rumah masih di tahap lama?!”
  • PM kata – “Harga minyak kita masih rendah bila dibanding dengan negara jiran”.
  • Aku kata – “Pendapatan perkapita seorang individu dan negara terbabit lebih tinggi dan besar dari pendapatan perkapita individu di Malaysia! Lagi satu, yang hang sibuk nak banding harga minyak Malaysia (pengeluar minyak mentah) dengan negara yang bukan pengeluar minyak pasai apa? Pasai apa hang tak mau bawak keluaq press statement dengan harga minya seliter negara pengeluar minyak?” (rujuk jadual). Depa punya harga bila dah ‘convert’ Ringgit Malaysia pun masihg terlalu rendah!
  • PM kata – “Kita akan memberi rebat setahun sekali kepada pengguna kenderaan persendirian”.
  • Aku tanya balik – “Betui ka ni? Toksah dok tipu rakyat lagi la Pak Lah oiii..! Hang kata minyak naik bulan Ogos, pasai pa naik la (bulan) ni? Rebat setahun sekali manakan sama dengan tong minyak yang perlu diisi setiap hari? Perbelanjaan bulanan kami ni bagaimana?”
  • PM kata – “Kerajaan terbeban dengan subsidi minyak selama ini”.
  • Aku tanya balik – “Kerajaan terbeban? Kerajaan yang kawal Petronas, bukan rakyat. Bagaimana rakyat yang terbeban pula dengan kenaikkan menggila ini? Gaji kami masih ditakuk lama, sedangkan segala macam barang keperluan naik mendadak. Bukan setakat itu sahaja, kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak, banyak menimbulkan persoalan. Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu aku menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion. Jadi sapa yang terbeban la ni? Hangpa ka kami?”
  • PM diam – “Zzzzzz” (Laa.. Dia tidoq rupanya).
  • Rakyat jerit – “Step down la Pak Lah!”

Nasib baiklah, hari ini Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengesahkan bahawasanya, 20 meter padu air bersamaan RM11.40 akan diberikan secara percuma kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor. SYABAS selaku syarikat yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal air negeri bermati-matian menafikan. Mungkin suku sakat Khir Toyol masih banyak kat dalam tu. Aku secara peribadi juga berharap bahawa Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dapat mengambil langkah yang sama. Sekurang-kurangnya ini dapat meringankan beban kami sedikit sebagai rakyat marhaen…

Cadangan aku buat Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak dang konco-konco hangpa la, daripada hangpa dok pakat kurangkan subsidi minyak, bekalan makanan yang segala bendanya menyusahkan rakyat, apakata kalau hangpa kurangkan elaun Pak Menteri, Yang Berhormat dan sebagainya. Hapuskan elaun kereta – Pakai kereta proton saga dah la. Hapuskan elaun travel, elaun rumah, telefon, jalanraya dan macam-macam elaun lagi yang hangpa dapat. Hangpa bukan bayaq minyak pun – Hangpa bukan bayaq bil telefon – Hangpa bukan bayaq tol – Hangpa bukan bayaq parking. Puak-puak hangpa ni dah dibayaq gaji secukupnya untuk jalankan kerja-kerja hang jadi tak payah lah dok pakat rompak duit rakyat pulak. Apa tak cukup ka duit banyak tu? Hangpa dah cukup kaya… Cukup makmur. Bagi lah kami rakyat marhaen ni bernapaih sikit. Nak naik lemaih dah ni…

SENARIO KAT OFIS AKU: Aku sebagai rakyat marhaen, pekerja yang tidak berpangkat besar terpaksa mendaki parking lot setiap hari sehingga tinggat 14 ke atas. Kadang-kadang tu, kena hari suwey sikit, tingkat 21 la jawabnya, roof top terus. Setiap kali naik mendaki, gear 1, gear 2 = kuat minyak. Cukup 2 bulan mendaki, drive shaft kereta problem sebab asyik naik ke belah kanan, turun pun ke belah kanan. Hujung bulan, dapat gaji koi la nak tampung minyak sebulan, repair drive shaft dengan steering rack.

Bos aku – Seorang berpangkat Dato’. Parking depan pintu lif nak naik ofis. Tak perlu mendaki langsung. Pendapatan beliau sebulan lebih kurang RM15-17 ribu. Minyak kete – Syarikat bayar. Driver shaft / steering rack, tak payah repair sebab kereta tak stress dan kereta buatan German. Ada driver tukang bawak kereta pulak tu…

Ini pula satu petikan yang aku ambil dari sebuah Forum tempatan, username Elan5477:

saya yg paling terkena bila minyak naik ni….ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan….itu minyak harga rm1.92 je….aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula…tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis…terima kasih kerajaan malaysia….

Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek…

Cuba kita renung-renungkan kalau kita berada di tempat Hamba Allah macam brother ni…. tapi yang paling aku sedih sekali, pemimpin kita tak pernah tgk masalah rakyat seperti ni…

Dunia oh dunia… teringat kata-kata Arwah Tok Ayah…

“Dunia ni umpama syurga bagi orang-orang kafir dan neraka bagi orang-orang beriman…”

Al Fatihah buat Tok Ayah, Tok Nab, Tok Wan dan Tok Jah… Hamba rindu ingin bersua dengan kalian semula… Inshaallah bila sampai waktu…

Last price before June 5th, 2008
+ Tinggal kenangan. Kenaikkan terakhir sebanyak RM0.30 sudah cukup membebankan rakyat, apatah lagi RM0.78? Kerajaan kita gila duit, nak kayakan anak-menantu, tapi lupa rakyat yang sengsara.