Filed under: Islamic Issues, Life, Malaysian Politics | Tags: Bumiputera, Melayu, Menteri Besar Selangor, pelajar uitm, protes uitm, Tan Sri Khalid Ibrahim, UiTM, universiti malaysia
Ya! Aku mengatakan bahawasanya pelajar-pelajar UiTM sekarang ini semakin bodoh dan mudah dimomokkan! Bangang! Bagero bak kata orang Jepun. Mereka-mereka ini bukan lagi seperti abang-abang dan kakak-kakak mereka yang pernah menuntut di ITM suatu masa dulu. Mereka-mereka ini yang lemah tahap intelektualnya dan amat mudah dijentik media arus perdana dengan laporan-laporan palsu mereka. Kena pulak para pemimpin pelajar mereka ini terdiri dari golongan yang mana pemikiran mereka di bawah ruang lingkup tajaan UMNO totok semata-mata! Bodoh!! Bangang..!! Baik jangan jadi Melayu dan jangan bergelar pelajar universiti! Adik aku yang masih bersekolah biasa pun lebih tinggi tahap intelektualnya dari mereka-mereka ini yang konon-kononnya bergelar siswa-siswi…
Tan Sri Khalid Ibrahim mengutarakan cadangan untuk membuka kuota pelajar hanya sebanyak 10% untuk dibuka kepada golongan bukan Melayu, lantas beruk-beruk UiTM ni mula nak melompat umpama terkena cili pedas. Secara berani dan terang-terangannya aku menyokong 100% cadangan tersebut! Kalau kita kira balik, katakan satu kelas mempunyai 30 pelajar, maka 10% tadi hanya lebih kurang 3 orang pelajar berbangsa bukan Melayu. Adakah lagi 27 pelajar Melayu ini takut untuk bersaing dari segi kemahiran dan intelektual? Adakah baki 27 pelajar Melayu ini sudah tidak mempunyai daya saing? Aku berani bercakap kat sini, kalau aku ada dalam kelompok 27 pelajar Melayu tadi, 3 orang pelajar yang bukan berbangsa Melayu tu pun aku boleh convertkan mereka jadi ‘Melayu’… Silap-sialp boleh masuk Islam lagi… Sekarang ni lihat lah, betapa bodoh dan bangangnya pelajar zaman sekarang ini!
Aku bercakap sebagai abang. Sebagai seorang Melayu dan individu yang kini bekerja. Pengalaman aku bekerja bukan hanya dalam persekitaran Melayu tetapi termasuk Cina, India, Mat Saleh, Jepun, Korea, Negro dan banyak lagi dan aku boleh bergaul dengan semua tanpa mengira bangsa dan agama melalui batas-batas yang sepatutnya. Secara terus-terangnya aku berani mengatakan di sini, produk-produk yang dihasilkan UiTM sejak akhir-akhir ini kelihatan tidak berkualiti dan tidak mempunyai daya saing yang tinggi bila masuk ke alam pekerjaan. Ini amat berbeza dengan produk-produk dari universiti lain seperti UM, UKM, UIA yang sememangnya telah biasa ‘bergaul’ dengan bangsa lain sejak sesi pembelajaran mereka lagi. Maka tidak hairanlah apabila kebanyakkan pelajar lulusan UiTM hanya mampu bekerja di sektor-sektor kerajaan dan sebagainya yang nyata dimonopoli oleh bangsa Melayu. Tak ramai pelajar UiTM yang aku jumpa dapat bekerja dengan agensi atau firma bangsa Cina, India atau Mat Saleh sekalipun untuk tempoh yang lama.
Aku harap, kalau ada pelajar-pelajar UiTM yang terbaca penulisan ’sampah’ aku ini supaya buka minda seluas-luasnya. Tak ada ruginya bangsa Melayu bila bergaul dengan bangsa lain. Jangan sampai jadi macam katak bawah tempurung! Memang ITM itu ditubuhkan untuk bangsa Melayu tapi apa hasilnya Melayu hari ini terutamanya golongan dari UiTM ini? Apa sangat yang boleh dibanggakan dari bangsa Melayu ini? Tanpa persaingan sihat, daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, Melayu akan tinggal ‘layu’ sahaja… Mak bapak korang hantar korang ke universiti, sampai bergodak gadai, bukan untuk pergi protes ke pejabat MB, bukan untuk masuk ke perarakan, bukan untuk panjat Everest atau ke Kutub Utara / Selatan, tapi untuk belajar, bersaing, buka minda dan jadi manusia berguna untuk generasi kamu-kamu dan generasi akan datang! Nampak sangat Melayu UiTM takut dengan kuota 10% bangsa bukan Melayu, maka itu, kamu-kamu ini adalah Melayu yang lemah dan hina…!
Fikir-fikirkan lah!
49 Comments so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>



Saya sokong KJ dan menunggu jawabannya sebelum bertindak.
Comment by wengerkhairy August 16, 2008 @ 11:40 pmhttp://www.padedoh.wordpress.com
sekarang ini bukan mahasiswa uitm yang bangang tetapi, kamu adalah manusia paling bangang, berbalik kepada penubuhan mara, adakah mara ditubuhkan untuk kaum lain? buat apa kaum lain mahu kacau mara? banyak lagi universiti lain yang bleh dorang masuk..jangan jadi bodoh wahai orang melayu!!!
Comment by suara kebenaran August 18, 2008 @ 1:55 pmwakakaka.. bangang lawan bangang! memang la MARA ditubuhkan untuk orang Melayu.. tapi sampai bila nak peram mcm tu aje..? bila sampai masa, mmg kena bukak supada ada persaingan sihat.. nampak sangat melayu UiTM pengecut, dayus tak berani nak berdaya saing..! takut dengan kuota 10% yang bongok tu..!
Comment by Farul Azri August 18, 2008 @ 5:56 pmMemang bangang “suara kebenaran” … yalah mula mula ITM dikhaskan untuk bumiputra, tapi bila asas dah ada, kamu kena tukar gear. Matlamatnya sudah tentu mahu berdiri sama tinggi dengan universiti lain. Dan ini tidak mungkin dicapai kalau UiTM menutup pintu kepada persaingan.
Dahlah diperkudakan oleh UMNO oleh politik sempit, tak sedar lagi. Memilukan!
Comment by Parang Rusak August 19, 2008 @ 6:30 pmitulah hasilnya makbapak pelajar UiTM niyg bergolok bergadai suruh depa belajar pandai-pandai,tapi hampeh,dok pegi mengikut telunjuk dekan-dekan dia yang pro UMNO semuanya jadi bangang,Apa yang takut dengan 10%,kalau enko orang betul-betul intelek punca pemikiran,chalenge jela,buat apa nak protes-protes,kena gelak jela dengan cina dan india.
Comment by zarul August 19, 2008 @ 11:02 pmsebab tu orang melayu lambat nak maju .
Comment by limpong85 August 20, 2008 @ 9:17 pmtak nak terima perubahan langsung .
kenapa takut ngan bangsa lain .kalau bangsa lain bleh berjaya kita pun bleh berjaya .syarat buatlah perubahan .wahai bebudak uitm jangan jadi katak bawah tempurung.
Yep, betul kate bro. Saye bekerja di syarikat oil MNC. Dimana pergaulan antara satu sama lain sangatlah penting..mat salleh, kenya, tok arab, indonesia sume ade..takde masalah pon. Pergaulan tu penting dan akan memberi impak yg positif.
Comment by tokwan August 21, 2008 @ 1:00 amTakkan kerana isu nak buka 10% ni sampai jadi kecoh2..habis ketuanan melayulah etc2..sedarlah skit student2 uitm..patutle tak ramai mahasiswa/siswi dr sane di company MNC..
hahha
bila kuota biasiswa JPA naik 45% utk bukan bumi..bebudak UITM x bising pun..pak brahim babushah pun x bising..bila mahadet buat metrokasi..uitm x bising pun..
Comment by pemerhati August 21, 2008 @ 11:14 amaskum wahai ank2 melayu xsdar diri,mula2 10% pastu 100%..jgn jadi melayu mkn melayu..uitm hnya untk melayu..bila skt lagi anak2 korang dah xde peluang nak blaja sb smua tmpt di ambil kaum lain br korang tau lngit 2 tnggi atau rndah..dgr khbr parti pembangkang kuat agama tp nape la penyokongnya ikt sdp pnggl org lain bintng,iman terltak pd amal kta bkn pada parti.
Comment by lily August 21, 2008 @ 11:18 amsaya sokong dengan pemerhati. yang penulis dah cukup hebat ke. penulis dah cukup ke daya saing penulis dengan bangsa lain. penulis ni bagus sangat ke nak kata orang bodoh. sesungguhnya pemimpin yg mencadangkan benda tu amat pentingkan diri sendiri. dan begitu juga saya rasa dengan penulis. amat pentingkan diri sendiri. tanpa fikirkan masa depan bgsa melayu. kalau dulu mrsm dan jpa di buka kepada bukan melayu. takkan sama sekali kali ini uitm akn di buka kepada bangsa asing! diam kamu penulis dan penyokong2 kamu yang hanya mementingkan diri sendiri.
Comment by paeh November 20, 2009 @ 8:53 pmMengapa pelajar UiTM membanth bukan kerana tidak mahu persaingan. kita perlu lihat pada aspek kenegaraan, orang melayu dan bumiputera adalah golongan yang paling ramai ketinggalan dari segi pelajaran dan ekonomi. malah yang lebih membimbangkan mereka juga majoriti terlibat dengan masalah seperti dadah dan mat rempit. mengapa hal ini terjadi? ini kerana kebanyakkan orang melayu dan bumiputera tidak mampu menghantar anak mereka belajar diperingkat yang lebih tinggi kerana kos yang mahal. oleh itu uitm ditubuhkan supaya golongan ini dapat belajar untuk membentuk kemahiran, berfikiran rasional dan juga tidak terdedah kepada persekitaran masalah sosial.jika dibuka 10 % maka ada 10% golongan melayu dan bumiputera yang berkemungkinan terlibat dengan masalah sosial. jika bernasib baik, mungkin 4% daripada mereka mampu melanjutkan pelajaran dikolej…selebihnya tidak mampu..maka golongan yang tak mampu ini paling berisiko..kalau dibiarkan maka akan bertambahlah golongan melayu yang terjebak dengan masalah sosial..dah la memang dah ramai..kita ramaikan lagi..maka yang menjadi masalah ialah malaysia keseluruhannya…dan yang paling teruk jika ada pula ahli politik yang kononnya nak membela mereka..dihasut pula yang kononnya orang bukan bumiputera merampas hak mereka…dah la kebanyakkan org melayu ni xberpelajaran..maka mudah la mereka termakan hasutan..maka inilah yang menyebabkan 13 mei berlaku sekali lagi..apabila ramai golongan melayu dan bumiputera tidak ada kemahiran dan kebolehan berfikir rasional..maka mereka terdedah kepada hasutan dan jenayah…piir-pikir lah
Comment by bukhori August 22, 2008 @ 11:44 amSampai biler org melayu nak disuap dan dimanjakan? Masalah sosial? Kalo mak bapak tak pandai didik anak2 belajar tinggi2 pun tak guna. Berapa byk pelajar itm yg terlibat ngan masalah sosial, byk gak yg rempit etc. Sebab terlalu dimanjakan org melayu x dapat bersaing, terlalu bergantung kepada kerajaan. Memang ada pensyarah n pelajar itm yg ok, yg bagus n cuba mengubah nasib mereka tetapi berapa kerat sgt.
Comment by Burn August 23, 2008 @ 11:06 pmComment by Burn
(Sampai biler org melayu nak disuap dan dimanjakan? Masalah sosial?)
cuber ko try tgk didik ank2 melayu? ko igt cm petik jari je bley dorg dengar kate? kalo ko pndai sgt ko buat la.
Comment by Ciput November 21, 2009 @ 4:29 amUiTM is the UMNO university.
Comment by dearJohn August 26, 2008 @ 7:49 amhah.aq nei dak uitm.ktorang bkn tkot prsaigan.bah kn ssame ktorg pn ad prsaingan aper,xpyh nk + +lg la.halamak,mmg la klu 10% dr 30 org dlm 1kls just 3org,brader ad pk x.2 stu klas la.nei skrng gah ckp 1univesty.cnth 1uitm nei ad 6000org,ader 600org non-bmi,tu bru 1cwgan uitm,bro.uitm kt malaysia nei adr baper?1?2?3? bebelas la bro.
Comment by shah.. August 26, 2008 @ 5:24 pmlgi1,ktorg nk prtahankan hak ank cucu korg gak.cnth ah,ank cucu korg blajo xbrp pandai tp dia ad pOtensi untk trus mju klu dpt lnjutkan kt u.pas2 utk msk u len ank cucu korg da mmg xlyak da.pecyer ckp aq,hnye uitm jer yg leh bntu dia.abs klu 10% tu dilaksanakan,ank cucu korg nk jd aper?pth ati?xnk smbng blajo?trus kawen?ke truskn jd pwris kjer korg?.2nmernyer mmmotong ruang dan peluang la bro.pk la cket.ha,nnt da beso nk bg ank bini mkn aper?PSIR?Rmput?ari2 mkn tulang buat sup?.klu xdilaksanakan,kn ank cucu korg jgk yg untung.ank cucu aq pn untung gak aper?
pk la cket,bro.aq xske cmpo plitik2 nei.lantak korg la korg nk jdi per.tp aq pk psl APA ANAK BANGSA AKU DAPAT PADA MASA AKAN DATANG.ke korg nk ank cucu korg gadoh2+brbunuh2 sesama BANGSA sendiri?YG len,brtepok tangan kte gadoh sesame kite.
korg asyek tanye,apr bangsa bg kt korang.TP korang pk x,APA YANG KORANG BAGI KAT BANGSA KITA..
atless,ktorg ad usahe tuk2 ah.
RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Alhamdulillah dan terima kasih atas respon yang diberikan pembaca!
Suara Kebenaran: Sila rujuk jawaban saya!
[b]Parang Rusak, Zarul, Limpong85 & tokwan:[/b] Terima kasih sokongan dan tahniah atas keterbukaan minda tuan!
Pemerhati: Spesifik sikit lagi boleh tak Tuan?
Lily: Hanya Umno yang jadi Melayu makan Melayu! Kenapa perlu risau kalau mungkin anak takde tempat belajar? Adakah hanya UiTM tempat belajar untuk Melayu? Universiti lainkan masih ada dan tetap terbukan untuk bangsa Melayu yang layak termasuk juga UiTM. Kuota 10% takkan bunuh Melayu! Benar iman seseorang terletak pada individu bukan pada parti yang disokong dan iman diri saya tak perah menggambarkan parti yang saya sokong… Dan apa mukjizat yang kamu ada untuk menilai tinggi-rendah iman seseorang manusia? adakah dengan berkata sedikit cemuhan boleh jatuh / runtuh iman seseorang? Iman terletak dalam hati dan peribadi, bukan pada lidah atau jari-jari yang menaip! Oh ya… Orang-orang Umno dan BN pun dengan senang hati menuduh orang lain tanpa bukti kukuh dan asas padu. Umno jugak berani memaki hamun sistem DiRaja… Kata nak jaga kjetuanan Melayu…?
Bokhori: Kata-kata tuan itu ada benarnya. Melayu tak takut dengan persaingan. BENAR! Tapi Melayu UiTM? Tuan mengetengahkan masalah sosial yang menular dikalangan Melayu dan tuan mengatakan bahawa kebanyakkan masalah sosial ini berlaku bilamana anak-anak Melayu tak dapat melanjutkan pengajian maka membiak menjadi satu permasalahan di kalangan bangsa Melayu. Jika tuan teliti, permasalahan sosial ini bukannya wujud pada generasi berumur sekitar 20-an sahaja malahan semenjak awal usia remaja lagi iaitu seawal umur 13 tahun. Seawal ini mereka sudah pandai merempit, mengamalkan seks bebas dan sebagainya. Jadi ini bukan kuota UiTm yang harus dipersalahkan. Yang harus dipersalahkan ialah sistem pendidikan kita. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah baru lah ke universiti! pelajaran Agama Islam dan didikan Moral tidak lagi di tekankan dengan bersungguh seperti mana zaman saya menuntut dahulu. Bahasa Melayu jadi bahasa kedua dan bahasa inggeris diutamakan. Selain itu pendedahan sumber maklumat dan santapan rohaniah yang disiarkan di televisyen juga banyak memberi impak kepada remaja… Rancangan-rancangan seperti Jom heboh, Akedemi Fantasia, Next Top Model, American Idol, GangStarz dan yang seangkatan dengannya jadi santapan rohani remaja. Tanya diri siapa Menteri Pendidikan kita dan siapa Menteri Penerangan kita..? Tepuk dada tanya selera!
Orang Melayu kini bukan mudah lagi dimomokkan dengan agenda berita sajian BN dan kera-jaan ni. Kita dah ada internet sejak 90-an dan ramai kini mula celik ICT. Jika berlaku rusuhan kaum seperti 13 Mei, saya berani mengatakan itu semua berpunca dari propaganda Umno dan angkatannya… Lihat sahaja isu yang dimainkan.. Forum Agama, Ketuanan Melayu, UiTM… Semuanya boleh menaikkan kemarahan Melayu dan bukan Melayu jika dibiarkan tersebar luas tetapi dalam masa yang sama, ianya menguntungkan Umno kerana sentimen Melayu di jentik! Selapas gelombang tsunami politik pada 8 Mac tak ada pun berlaku rusuhan kaum antara Pakatan Rakyat!
Balik mengaji lagi saudara!
Burn: Setuju beb!
dearJohn: ITM was a MARA build institute and not has any relation with Umno BUT it has been overtaken by Umno by now.. You are damn right bro!
Shah: Adeh… Bro thanks for the comment and err cara tuan menulis sama macam adik saya yang masih sekolah! UiTM student ke tuan ni? Ini bukan pertandingan SMS Ringkas bro… Anyway thanks for the comment kita renung-renungkan bersama dan selamat beramal juga buat tuan!
P/S: Maaf semua sbb lewat reply pada respon yang diberikan. Agak sibuk berkerja, berkempen Permatang Pauh dan sibuk macam-macam lagi la…
Comment by Farul Azri August 27, 2008 @ 1:00 amKepada tuan, puan, ayah, abang, kakak dan adik2 sekalian yang banyak berhujah berkenaan UiTM masih belum mengerti realiti kehidupan sebenar di dalamnya. Jadi sebagai bekas pelajar UiTM, mara saya huraikan secara ringkas tetapi terperinci.
Realiti 1:
Bila dapat duit PTPTN, perkara pertama yang difikirkan oleh penuntut UiTM ialah nak shopping. Nak beli baju Topshop, nak beli gitar Fender, nak beli kasut NIKE, nak beli cellphone baru, nak beli mp3 player dan lain-lain lagi. Hanya segelintir (terutamanya ulat buku dan mat skema) yang memikirkan untuk membeli buku-buku rujukan. Mungkin ada yang cuba meng”deny”kan dengan hujah penuntut universiti lain pun buat perkara sama. Tapi kita skg bercerita dalam konteks UiTM, so stick to the context.
Realiti 2:
Sudahlah malas nak pergi lecture, lepas tu disuruh kawan tandatangan attendance. (Utk pengetahuan, hanya segelintir lecturer sahaja yg menanda nama pelajar, selalunya pelajar menandatangani kedatangan mereka sendiri dan sesetengah lecturer yg bengong ni tak berminat nak recount). Bila final exam menjelang tiba, time tulah sibuk2 nak pinjam nota kawan.
Realiti 3:
Bila buat group assignment, hanya seorang dua yg betul2 rajin sahaja akan buat kerja. Selebihnya hanya bertindak sebagai passenger atau free loader. Golongan2 pemalas ni telah memasang plan awal2 lagi dengan menarik pelajar yg dirasakan paling rajin ke dalam group mereka dan seterusnya menyerahkan assignment bulat2 kepada hamba Allah yg rajin ini terkulat2 membuat kerja secara sendirian ataupun berdua sahaja. Senario ini bukan senario the movie tetapi benar-benar terjadi dan masih lagi berlaku hingga ke hari ini.
Realiti 4:
Sewaktu meetings pelajar (tak kiralah meeting jawatankuasa, sequence, kelas), jika berlaku perbezaan pendapat @ idea, maka berlakulah adegan jerit-menjerit, cabar-mencabar, kutuk-mengutuk dsb. Hanya segelintir meeting sahaja yg berlansung dalam suasana civilised. Jarang pelajar2 UiTM bercakap lembut dalam meeting, semuanya nak menengking, lebih2 lagi jika melibatkan perjumpaan pelajar junior dan senior. Pelajar junior selalu diperkotak-katikkan, selalu di cemuh, malah kadangkala dipaksa utk menghormati pelajar senior yang perangai mengalahkan Firaun.
Realiti 5:
Benda ini sering terjadi. Bak kata M. Nasir, “tiada kata, yang tak cliche”! Bila pelajar junior especially perempuan baru masuk, pelajar2 lama (terutamanya lelaki) akan mula melentok-lentok, bercakap umpama berbisik di dalam kelambu, berperangai lembut semacam penari ballet, senyum melirik sampai ke telinga. Untuk apa? Nak tackle pelajar perempuan. Dan bila mereka di”ignore”kan oleh pelajar perempuan, maka hilanglah perangai lembut2 tadi, keluar terus perangai ala-ala Triple H WWE. Hilang terus perangai lembut2 artificial tadi. Akan keluarlah perkataan2 cliche spt, “Macam kau cantik sangat”.
Realiti 6:
Walaupun UiTM kawasan larangan merokok, tetapi cuba kita perhatikan di celah-celah tangga sesebuah fakulti. Confirm 100% anda akan terjumpa zon merokok ciptaan student2 dan kadangkala kakitangan atau lecturer2 sendiri. Jangan terkejut kerana student perempuan tak segan silu join student lelaki utk hisap rokok sekali. Agak ironik kerana seluruh warga UiTM di kawal ketat dengan undang2 yang agak mengarut malahan sesiapa yg ingkar akan disaman, tetapi bila tiba bab merokok?? Ada pulak jenis undang2 yang setengah pakai, setengah tutup sebelah mata??
Realiti 7:
Suka bercerita atau berdiskusi sesama sendiri mengenai topik2 hangat dikalangan pelajar UiTM seperti nak pergi clubbing, nak pergi giggs, nak pergi jamming.Selalunya topik clubbing menjadi topik no 1. Kalau pelajar2 lain cuba bercerita hal2 politik atau current issues ataupun topik2 yang matured(dianggap topik berat oleh segelintir clubbers UiTM), saksikanlah muka masing2 blur lebih daripada kumpulan Blur!
Realiti 8:
Pelajar2 UiTM yang berebut2 hendak bertanding jawatan MPP bagaikan abang-abang mereka yang berada di dalam UMNO yg berebut-rebut jawatan jdi pemilihan perwakilan. Bila dah berjaya menjawat jawatan MPP, diberi keistimewaan selalu tuang kelas, diberi keistimewaan seperti boleh parking di kawasan lecturer dengan hanya menampilkan sticker kereta MPP. Selalunya (bukan semua) pointer2 MPP ni hampeh malah ada sampai repeat 2-3 subjek sebab sibuk berpolitik universiti.
Ini hanyalah sebahagian dpd rentetan realiti yang pernah, sedang dan masih lagi berlaku di dalam UiTM. Kepada mak bapak, abang, kakak, pak cik makcik yang berfikir anak2 mereka sedang tekun belajar, fikirkan sekali lagi kerana anda tidak berada di dalam. Anda hanya memerhati dari luar.
Kenapa ini terjadi? Jawapan saya senang sahaja. Sebab manja ataupun dimanjakan. Seperti anak kita, apabila dimanjakan berlebihan, tak diajar berdikari atau bersaing, semua kemudahan diberikan maka berani saya katakan 80% dari mereka akan menjadi “spoil brat”. Akan jadilah Anakku Sazali! Sebab mereka tidak berasa terancam. Rasa selesa. Nak bersaing dengan siapa, taraf atau tahap pemahaman mereka sama sahaja. Tetapi bila ada bangsa asing nak masuk, mereka rasa terancam. Rasa tidak selesa. Rasa kena bersaing kerana jika tidak bersaing mereka akan ketinggalan. Semua rasa takut dan cemas ini kerana tidak ada pendedahan. Fikirkanlah!
Comment by frusstasi August 27, 2008 @ 2:21 pmhaha..klakar jugak siswa siswi buat demo aritu. geli pun ada, malu pun ada.
1. akta ‘universiti’ mengatakan apabila bergelar sahaja universiti dia patut bukak kepada orang ramai, iaitu semua orang termasuk bukan bumiputera. sebab itu uitm digelar ITM sahaja, jadi mahathir dah tukar naik taraf UITM( kalau tak silap keja dia la ni)…jadi apa lagi?..bukak 10% pun nak kecoh??
2. macam mana nak katakan MARA adalah untuk orang melayu, sedangkan MRSM sendiri bukak 10% untuk non bumi. takde pulak bising. scholar JPA pun dah 45% bagi kat non bumi..takde jugak bising.
10% nak bukak kepada non bumi dengan alasan nak tingkatkan persaingan baru nak bising2?….klu cina india dapat tawaran ke uitm dorang pun pikir dua kali daa..geli dorang nak masuk uitm klau macam ni prangai budak2 uitm.
3.saya melayu…tapi sepanjang persekolahan saya sehingga sekarang masuk universiti tak penah duduk satu kelas dengan orang semua nya melayu.saya tak pilih utk masuk mrsm, saya lebih suka masuk skolah harian biasa, dan skarang saya di utm dan tak penah ingin nak masuk uitm(ngan budak2 dorang.hampir ‘kebayakan’ nampak hanyut).tiada masalah pada bagi saya.
Comment by zed August 27, 2008 @ 4:59 pmjadi macam mana ni?demo aritu menampakkan mereka terlalu racist, taksub dengan ketuanan melayu kononya. pegi daaa…
nyata kau dengki tak dapat masuk UiTM kan..
tulah masa SPM memain..
kitorg memain gak tapi score hingga layak masuk itm
camni lah.. kau try la jenjalan cuci mata kat UiTM Shah Alam.. busukkan lagi hati kau tu
Comment by hazri September 1, 2008 @ 3:42 amaku bekas student UiTM.
penah kena gantung (gangster itm ni beb kui kui kui)tapi diploma & degree aku tetap grad 3 pointer..
tak penah terdetik langsung aku nak keje ngan kompeni GLC/ government & syarikat2 yg didominasi melayu.. boring..
nama company aku pun jelas pakai nama cina..
ok je. happy je aku bergaul ngan india, cina.. depa mabuk aku pun mabuk, depa kongkek aku pun mengongkek, depa tak pose aku pun tak pose, depa tak semayang aku pun tak semayang.. YANG PENTING kerjaya tetap maintain dan terus maju..
org macam kau takat sembang bolehlaa.. buktikan kemampuan UNVERSITI bapak kau tu mampu bersaing dgn UiTM..
Comment by hazri September 1, 2008 @ 3:49 amto frusstasi..
ha’aah la.. budak UiTM memang SEMUA mcam tu. Nasib baik kau buka minda mak bapak diorang kan..
Kolej2 lain & U lain mana ada buat REALITI2 macam tu.. ehhh tak penah langsung.. UIA UUM USM UKM UPM semuanya baik.. kalau ada pun sikit je.. yg paling ramai budak UiTM lah kan??
bangang!
Comment by hazri September 1, 2008 @ 3:52 amUITM TETAP MELAYU PUNYE BUKAN CINA ATAU INDIA YANG PUNYA, BUKAN TAKUT KERANA SAINGAN TAPI MCAM K…. ANAK DIA MANA BELAJAR KAT MALAYSIA, A…. ANAK DIA PUN SAMA.DIORANG TAK KISAH SEBAB DIA ORANG ADA BERBILION RINGGIT. RUMAH K…. DI BKT ….. LEBIH KURANG DEKAT-DEKAT 10 JUTA UNTUK HIASAN DALAMAN DAN LUARAN TAK TERMASUK KOS KESELURUHAN, RUMAH A…. YANG BARU LEBIH KURANG 5-6 JUTA, ANDA PERLU FIKIR DARI MANAKAH DUIT INI DATANG.. JANGAN ASYIK NAK BURUKKAN ORANG BN SAHAJA.MUNGKIN KETURUNAN DIORANG BANYAK MEMILIKI HARTA KARUN… TAPI UITM UNTUK MELAYU DAN BUMI JANGAN BAGI ORANG LAIN… BUKAN UNTUK PERKAUMAN TAPI UNTUK ANAK CUCU AKU AKAN DATANG..
Comment by jiwa melayu September 10, 2008 @ 10:45 amto hazri aka gangster itm (itm je, tak nak luaskan jajahan ke???)
disebabkan kita bercerita dalam skop uitm, maka saya petik uitm sajalah. apa2hal kalau kita nak bercerita, kena tgk tajuk jugak, jgn terkeluar dari tajuk. Insya Allah lepas ini kalau Universiti lain disentuh, akan saya kemukakan “realiti2″ universiti yg lain.
p/s: tahniah ye dapat 3 pointer. Gangster berilmu, harapan kampung!
Comment by frusstasi September 18, 2008 @ 11:52 amhurm..lucu ader..tegang pun ader..jelik pun ader..macam2 gak la yang ader..klu di fikirkan balik semua pendapat kat atas tu btul..tapi bila fikir as a critical thinking..semua nie pasal asas berfikir..aku blaja kt uitm..bjaya jer dlm hidup..aku kuar pun ramai jer bangsa2 lain yg bkerja ngan aku..ok jer..dorang respect jer hasil kerja aku..n ngam giler jer ngan aku..if dorang2 nie masuk uitm skali ngan aku pun aku tak kisah..tak masuk pun bjaya gak..xder pun pening2..semua ni pasal diri sendiri..jgn salah kan org lain..uitm tu hak bumiputera..biarkan jer la..tak yah nak usik2..wat2 kecoh wat per..damai2 kan best..nak berjaya tu atas masing2..abis klu masuk kaum lain pun..klu dah pemalas..pemalas gak..takkan tcabar2 nyer la..hahaha..pelik btul aku sampai bgitu critical skali korang2 ni menyalah kan org ek..paperpun doa kan keselamatan org2 islam di muka bumi ini dr kekejaman israil!amin!-aku bangga aku melayu-
Comment by saya January 22, 2009 @ 12:07 amtu lah bila ramai sgt melayu kat uitm tu yg jadi universiti yg plg byk masalah sosial kat Msia. Tak percaya cuba korang selidik dgn U lain, mesti tak seteruk UiTM. Cuba ko tgk pemikiran bebudak MMU, UIA dgn UM amat berbeza kerana UMNO punya org yg pegang UiTM. Ko cuba tgk apasal UMNO sekat pelajar yg tak sokong UMNO kat Uni2 kat Msia ni. Sampai ada Puak Aspirasi dan Mahasiswa. yg tak adilnya bila bdk U lain wat demo tak bleh tapi bila UiTM wat demo pasal nk bth cdgn Tan Sri Khalid boleh pulak, dimana keadilannya????
Comment by gronkjaer91 January 30, 2009 @ 11:09 pmkepade incik frustasi dan incik yg menulis blog ini jugak lah kan..
ape lah nak kecoh2 psl realiti2 ni..itu memang ternyate REALITI
aku banyak kwn2 n cousin study U lain.. UIA, UM ,KUSTEM, n U-U yg lain,
semue U pun terjadi lah realiti ni..
terutame psl attendance tu..lg2 U yg ade bnyk lecture hall besa2..
lain la kami ni…UiTM..Universiti miskin.. Dewan Kuliah pun bape bijik je ade..nk suh kwn2 sign kn attendance tu agak sukar skit la nak mnipu dlm kelas kecik yg x bape nk ramai student tu..
toksah nak bising U mane bgus ..
semue same aje..
individu yg belajar tu mnntukan diri sndiri ape nak jd..
UiTM kuantiti pelajarnye sgt lah besa nak dbandingkan dgn kuantiti pelajar U-U lain..sebab 2 lah kalau yg jahat/x elok pun boleh nmpak mcm terramai~
psl duit Ptptn? aku ni xskema pun..duit pt aku habes kat tang blajar dgn final2 project jugak..
aku siap buat keje part time lg nak cri duit poket lebih
haha..pelik2 korg ni komen
Comment by femZ February 23, 2009 @ 3:56 amsalam bro,
kalo sesetgh org umno yg mkn org melayu, lu kate umno tu sdiri yg mkn melayu. kerna nila setitik rosak susu sebelanga. even kalo dlm quran ckp pas tu parti konfem masuk sorga, sbb ade lu, rosak imej. same jugak kat sini. bile org dh ckp lu ni konon2 baik ikut parti yg masuk sorga, tp nk maki hamun org ni ape kes. org lain buat sume salah. lu org tu, yg haram pun jd halal..ape kes.
back to topic,
mmg persaingan tu penting sgt skrg ni. takde persaingan susah nk maju. tp pk la sket brader. lu pun org melayu. lu pun tau la org melayu cmane skrg ni.nk skolah pun mls.cmane nk bersaing?sbb tu mst ade tmpt sdiri. bak kate Shah, lu ckp psl 1 klas je. pk la kalo satu msia brape ramai pulak 10%. lu baya kete ke personal loan pun kalo interest 5-10% lu ckp mahal kan. 10% kalo utk 30 org mmg la nmpk kecik.3 org tu ape la sgt kan. tp kalo 100 ribu org, dh kire ke blom?lu skolah mane dulu?alhamdulillah la kalo smpt masuk U tp sedih sket kalo takleh nk kire.membazir kan blaja kalo hasil camtu. hmm..aku ni bole je terima argument tp bahase tu molek la sket brader.jgn main hentam jgn ikut sedap tgn menaip, mulut berckp. bahasa jiwa bangsa.
aku ni dulu bkn skolah kat itm, tp sbb mara tu tertubuh utk org melayu..aduhai brader tlg bace buku ape2 yg patut. penuhkan ilmu didada br boleh bijak berkata2.
encik frustassi..ape yg encik frust sgt? mende2 tu bkn kat uitm je dei.jgn la nk bangga sgt ko tu pnah skolah sane so tau keadaan dlm sane. come on..kalo dh name pun budak2 yg takde tanggungjawap lg, dpt duit riban2, mmg la besnye. tp tu tanye la empunya Bin dan Binti dia.ade ajar bertanggungjawap ke tidak?salah UITM ke tu brader?adoi ape sempit sgt kepala korang ni. mende logik ni tlg la pk. jgn la sbb satu daun berlubang2, satu pokok nk kene cabut. tgk la dulu daun tu rosak sbb ape.kalo sbb ulat mkn ke, kene petik dek tgn yg gatal ke, takkan ko nk ckp pokok tu yg sakit..helo brader.
Bak kate Saya, balik la kepada asas berfikir. Guna nikmat akal untuk berfikir. Jgn nk pecahbelah org dgn fitnah2. melayu pun bkn ramai sgt kat dunia ni.Sume org tau buruk fitnah tu, hina lg dr dosa bunuh org. pepatah pun dh ckp, sbb mulut badan binasa. lidah ni la senjata paling tajam. Please stop all nonsense. Kalo rase diri baik, jgn burukkan orang lain. Kalo org taknak terima apa yg kita bwk, fikir balik yg kita bwk tu btul ke tak.doa la slalu mintak petunjuk Allah, kalo btul jalan kita Allah tlg, itu sudah pasti.
So, ni first aku masuk sini, tu pun tak sengaja. kepada empunya blog, maaf kalo aku ada terkasar bahasa yg aku anggap tak sengaja. Aku pun bangga aku orang Melayu. Chilll~~~
Comment by Yassir Effendi Abdul Manap March 14, 2009 @ 3:15 pmharap blog owner tak delete posting aku ni..
buat Yassir Effendi Abdul Manap, kau cakap pun pakai gua lua-gua lu.. melayu sangat ke kau..? kau kata bahasa jiwa bangsa – mintak orang bersopan.. tapi kau..? 100,000 pelajar daripada 10% bangsa asing, ko jumlahkan la balik dengan baki lagi 90% bumiputera… itu pun tak bleh kira ke..?suruh fikir tak mau fikir, suruh belajar tak nak belajar.. last² jadi bangang!
Comment by osman March 16, 2009 @ 5:19 pmto owner, sorry sbb since my first visit, i was attracted to bookmark your blog
congrats ya.
ahaha..marah ke prof osman? jgn marah2 nnt kene jual.ente tgh period ke?eh silap, osman kan lelaki.mintak maaf la aku kan bangang..keh3.
aku mintak maaf aku pun tak konsisten kat situ.tp rasenya lu-gua tu bkn bermaksud bangang ke bodoh atau bahasa2 kasar. kalo ikut balik maksud serta penggunaan lu-gua dlm ayat tu, (juga yg diketahui umum), lu-gua tu adalah kata ganti name tau prof. bkn ayat menyumpah..peace. and, aku takde la sampai nk kurang ajar maki hamun orang /:) at least parents and leaders aku tak ajar aku biadap dgn orang
yg prof osman duk bangang2kan aku tu, ok la acceptable sbb prof kan..bijaksana, pandai fikir, pandai belajar. tp nk mintak fikir dan kira dlm sket ye prof osman. melayu mcm ni punye ramai tp tak unite pun nk wat ape.
10% out of 100k equals to 10k. 10k tu pulak unite..wa caya sama lu la..haha. minority atas dasar kuantiti je prof osman. the unity is already there.
90K alias majoriti tp sume nk tikam blkg, nk berpolitik segala bagai, how can you afford to survive.kalo sume org reti nk membantah je pegi la carik pulau sendiri duk sorang2, buat la ape ko nak.ade pemimpin dgr la ckp pemimpin.i dont say org2 kat atas tu skrg good enough but at least they are trying lead as good as they can. if ade benda yg tak elok yg diamalkan yg kita tak bole nk buktikan, itu antara dia dgn Allah. kite tak payah la nk sebuk2 fitnah sane hasut sini. kalo prof belajar sejarah mst prof tau kan ape punca kejatuhan kerajan melaka. fitnah ni bahaya. prof, igt sng ke nk puaskan ati sume org.dlm family 4 org pun botak kepala bpk pening pk mcm2 utk please sume family members.
Comment by Yassir Effendi Abdul Manap March 22, 2009 @ 12:11 pmahahahaha….saya suka betul dengan kenyataan awak ni…memang betul pon…pelajar uitm selalu berlagak dan cakap besar….diorang fikir diorang hebat sangat…parawok!! sebenarnya diorang tu pengecut..x boleh terima cabaran..sebab tu saya bantah habis-habisan bila parents saya suruh apply masuk uitm…jangan harap lah…
boleh jadi gila belajar kat sana…haha
Comment by mis March 28, 2009 @ 1:07 pmsume yg jd ad yg bek n buruk…
Comment by calypso July 15, 2009 @ 4:26 pmkalw dh anda rse anda bgus sgt, y not u yg jd peg atsan krjaan n u yg tntukan sume 2…
kate2 BANGANG awk 2 sbnrnye djukn pd sape????
pd org yg mengasas atw org pd hari ini?
pk dulu sblm ckp.
byk hati nk kene jge… bkn pns ati dri sndri je…
u lepaskn marah mcm ni, tnjukkn yg u ni yg BANGANG….
sorry 2 say…
cube la cri jln yg bijak ckit utk luahkn prasaa
bukan ngn kutuk BANGSA SENDIRI…
i’m uitm student n i’m proud of it!
x sume student kt cni mcm pe yg u ckp
xsume BODOH n BANGANG mcm ape yg u ckp!
kalw u btul2 bgus, powerful smpai bley tka agame org, y now pegi cri org yg btggng jwb, gubal undg2 utk uitm…
u bley yakinkan all the citizen especially malays utk trime kuota 2!
tp bkn ngn care mcm ni
yes, i agree with the kuota tp kte kene bpijak d bumi yg nyate…
syg, xsume org bley pk ape yg kite pk…
be in reality plz….
aku rasa ko ni tak layak tinggal kat Malysia. buat malu kaum Melayu bila ada org cam ko nie. manalah kesopanan dan kesusilaan ko ni sbg warganegara. Kalau dah majoriti rakyat negara ni Melayu, apa salahnya buat UiTM tu jadi U Melayu. Macam la UiTM tu satu-satunya U kat MAlaysia ni.Hal remeh cam ni pn nk kecoh.
DI MANA BUMI DI PIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Comment by Z July 22, 2009 @ 1:59 pmRENUNG-RENUNGKAN LA…
ak percaye kbykan yg menulis n beri coment kat ats ni sume org mlayu… xpun majoriti org melayu… tp ak xnmpk pn seolah2 discussion ini spt org mlayu beragama Islam dan brperwatakan timur birdiskusi… hnye sgelintir yg berterima kasih dan mghargai dan mnghormati pandangan org len je bg ak mlayu yg sbenr2ny dan layak utk bbncang pasal topik ni..
INI KE CARE ORG ISLAM BERBANGSA MELAYU BERDISKUSI? SEDIH!!!
waima tajuk topik ni sndri pn mghina bgsa anda sndiri wahai pemilik blog…
maafkan ak.. ak xkan kate kan ko bodoh sbb terbitkan tajuk topik mcmni.. tp phm2 sndri.. mengapikan bgsa sndri dgn topik yg kontroversi dan menyemarakkan kemarahan api syaitan dalam diri dan org len..
bg yg len, hormati lah pndangan org klen,, disucus elok2 bukan dgn cemuhan dan hinaan.. pekung busuk di dada jgn la nk bukak.. ko nk minum todi ke, nk ape ke pk2 la… dh bodo sgt plak ak tgk smpi sggup mgaku mcmtu… hahaha
TQ..
Comment by MAS July 28, 2009 @ 5:06 pm“celakalah kaum yg mengeji bangsa dan agamanya sendiri”..kalu brani tunjuk muka n say all the thing yg kau tulis 2 kt public.so that people can give u a kick per person!!
Comment by akuislamatasmelayu July 28, 2009 @ 6:10 pmanda cakap adik anda pun lagi tinggi tahap intelektualnya? maknanya anda lagi tinggilah? setahu saya, mereka tidak boleh digandakan, and you said that we, uitm students are not that competent? bukan semua orang sama, dan bukan semua pelajar uitm tidak berkualiti, tak baca beritakah? pelajar uitm dan uia adalh yang terbaik dalam penggunaan bahasa inggeris, kalau nak diikutkan pun, tak kiralah di mana sahaja kita belajar, yang penting kita tahu apa usaha kita, tujuan kita dan ke mana arah kita, bukan universiti yang patut dipersalahkan, and i wonder which university u r graduated from, jelas sekali, anda adalah salah seorang yang ada masalah sedikit, haha, samalah macam uitm, antara ramai2 yang lulus cemerlang, ada juga yang cetek macam anda nanti
Comment by iMMortal July 30, 2009 @ 7:30 pmanda juga telah meletakkan bendera malaysia terbalik menunjukkan anda tidak berpuas hati dengan negara ini, saya mencabar anda menggugurkan kewarganegaraan malaysia dan pergilah negara2 yang anda rasa tinggi tahap intelektualnya, malaysia takkan rugi ada rakyat low-class seperti anda…
Comment by tam tam bak July 30, 2009 @ 7:35 pmSETUJU dgn tam tam bak!!!
Comment by kehkeh July 31, 2009 @ 1:43 amaku rasa mcm kau ni memang bermasalah la,,kesimpulannya satu je aku nampak: kau tak pernah pon masuk uitm, dan kau betul2 tak faham konsep dan dasar uitm,,senang cerite,,kau la beruk sebenarnya,,sebab mcm kecewi sangat baca undang2 tak habis,,selain drpd tengok AUKU,bacalah sampai habis dan jangan lupa untuk rujuk juga pada Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia,,
aku akui universiti kau memang hebat hendaknya,dan juga universiti lain juga,,kalau la UiTM ni dibukak kepada bukan Bumiputera, takdenya orang nak cari pasal,,kesimpulan kedua: kau sebenarnya sangat mudah dipengaruhi oleh propaganda dan rasa mcm kau la yg paling bagus,
yang sebenarnya,kat mana2 universiti pon ada yang down ada yg low,
aku bukan nak menegakkan benang yang basah,,dan aku harus akui di UiTM juga ada kelemahan dan ada produk yang gagal,itu realiti,bukan semua mampu hidup,,
tapi bagi kau yang aku kira tak pernah berada dalam sistem UiTM, sila jangan menampakkan betapa “hebatnya” anda dengan menulis perkara2 yang tak relevan dan dipersetujui pada pandangan mata sebelah pihak sahaja,,
aku tak marah,,cuma nasihat saja,,sebab kau kata hasil kerja kau dah publish satu dunia,,so tunjuk lebih sikit intelektual kau,,
dan satu lagi, sila ubah gambar bendera terbalik,,
kau ni bukan bermasalah ngan UiTM sahaja,,tapi bermasalah ngan negara yg kau tumpang ni,,
kalau kau bukan warganegara,,sila jangan berkobar2 sangat pasal UiTM sebab aku tak kagum dengan arguement kau langsung,,
pesanan daripada aku yang berpangkat adik pd kau,
tolong tulis mcm orang intelektual pasal issue ini sebab bila kau tulis perkataan beruk,satu dunia tahu kau memang tak professional dan menulis menggunakan emosi semata2,,
dan bila kau letak gambar bendera terbalik, nampak sangat kau bangang,,mungkin universiti kau mengajar mcm tu gamaknya?
Comment by adila lalalala August 2, 2009 @ 10:43 pmsetuju sgt..pelik btol org yg mgarang karangan bangang ni…sndiri blaja xtgi tp nk pamer kn karangan dia yg confrm kena repeat UPSR BM blik…
Comment by Yakuza November 20, 2009 @ 8:34 pmadoyai.. korang ingat bukan bumi nak masuk UiTM ke?
dorang tanak ok!
aku tanya sumer member non bumi, sorang pun tanak masuk UiTM even dibuka kuota pun.
yang nak kecoh2 kasi dorang sumbat dlm uitm pehal?
kalut2… aish..
ehem, bendera Malaysia terbalik tuh..
Comment by ucu August 3, 2009 @ 8:50 pmbetulkan la…
x yah btulkn…. wat bodo je…
Comment by Ciput November 21, 2009 @ 4:46 amnon bumi yg x berkualiti je pilih uitm kala quota 10% dibuka kepada non bumi. yg pandai2 mana nak masuk uitm. Melayu pun yg pandai2 x nak masuk uitm tu…buat apa.Lecturer x berkualiti mana nak dpt stduent yg berkualiti.
Comment by bond007 November 9, 2009 @ 9:25 pmUitm tu utk tolong org melayu je….kualiti no 5….
nk tnye dl ko ni blaja pun xsmpi ke mana tp nk comment plk bdk2 uni…jgn lh blagak sgt bgaul dgn bangsa org len…uitm pun training studnt g smpi oversea pe…bgaul trus ke oversea bkn stakat kt malaysia…satu je aku ckp ko xpuas hati sbb ko ni xsuka dgn parti umno.. lumrah lh wei ko punyai party 2 nk jatuh kn party umno..slama ni pun sapa yg bgn kn malaysia… jgn lh ckp ikut sedap mulut je. ko blaja xtgi sbb 2 jd mcm 2.. lg 1 khalid 2 suruh bkk 10% pun sbb dia dpt rasuah dr org bangsa len..ramai pelajar cina & india nk sgt msuk uitm…kualiti bek tau… kau ada nmpk universiti len mcm 2..bdk2 uitm otak sgt kreatif n geliga…
Comment by Yakuza November 20, 2009 @ 8:30 pmkpd bond007
kalo la semua lect dlm uitm tu x berkualiti..xda la ad jgk student y ley pas ker oversea…jgn dok nk kire psl kualiti org…awk tu sgt berkualiti ker..n jgn nk mghina sesuka hati…kalo blaja pepndai tp dok mghina owg..xda gunenyer..
Comment by miss November 21, 2009 @ 12:25 amxslh nk bgkitkn isu nih…tp ayt tu biarla bersopan..xyah nk kate plajr2 UiTM tu bangang…kate intelektual…tp ayt xda mggmbarkan cri2 intelektual pun…kalo sbnrnyer psl parti jer..xyah nk slhkn bdak2 UiTM or nk ktuk diorg cz u didnt know wat actually happen in the UiTM…rasenyer sape dok ngutuk2 nih xda la bgus mane pun..ayt cm ikut sdp mulut..n dok men hina owg jer….jgn ikut sdap mulut nk kate owg beruk, bangang…pd y x tringin nk msk UiTM tuh..xyah la nk hebah x tringin nk msuk..xda sape pun y pkse suh msk UiTM.lg 1, nk bergaul dgn bgsa asing bkn smstinyer kna dlm U jer, n xsemua pljar y dlm U len bergaul dgn bgsa len…jgn la semakkn minda dgn mnda mcm nih..this is da way that u think ur good enough??? pk la blik wahai saudara…stiap U ad bgus, ad bruk..takat mslah sosial..sume U ada..jgn sempitkn pmikiran tuh n hnyer nk cri slah org len…bek la pk psl mcm mane nk jdi muslimin n muslimah y sejati..itu lg bek..pape slh, sy mohon maaf…
Comment by miss November 21, 2009 @ 12:50 amyess, thats right .. Bg tau la mane Universiti lagi yg hny ada 1 bgse saje pelajarnye? kbykan unirversiti ada plbagai kaum. ape slhnye Negara Malaysia, Negara melayu, menubuhkan dn mengekalkan keunikan universti yang hny utk kaum bumiputra sj? apekah begitu bodoh skali pelajar Uitm utk d hina n d keji. Fikirlah brape juta rakyat malaysia berbanding kaum lain d negara ni. pelajar yg miskin x dpt nk melanjutkn pelajaran, Universiti mane lg nk bela kaum melayu yg nasibnye x bgitu baik. SIAPE SEBERNARNYE YG MENULIS KARANGAN D ATAS TU? SEPERTI TIDAK BERTAULIAH LANSUNG, LEBIH MEMALUKAN BANGSA MELAYU. PELAJAR UITM PON D AJAR MENULIS KARANGAN DENGAN BAIK
Comment by Ciput November 21, 2009 @ 4:42 amSIAPE SEBERNARNYE YG MENULIS KARANGAN “Pelajar UiTM Semakin Bangang!!!” D ATAS TU? SEPERTI TIDAK BERTAULIAH LANSUNG, LEBIH MEMALUKAN BANGSA MELAYU. PELAJAR UITM PON D AJAR UTK MENULIS KARANGAN DENGAN BAIK
Comment by Ciput November 21, 2009 @ 4:44 ampenulis karangan ni dh mcm kutuk diri sendri dpn cermin. ape kate penulis ni bg ceramah kat mne2 cwngan Uitm. tgk ape jd
Comment by Ciput November 21, 2009 @ 4:51 amcerita kedai kopi.. sembang dalam sini la last2 skali.. setuju salah, tak setuju pn payah.. apa kata, kalau semua tak puas hati, mksudnya kaum lain n jugak cmni, sruh pertubuhan bangsa diorang buat uni ntuk bangsa diorang ja.. hahahaha.. pi mai, pi mai, tang tu jgak cik empunya diri oit…
Comment by jacko November 21, 2009 @ 5:39 am