Flux Lounge


Solidariti Buat Sheih Di Bukit Aman
September 18, 2008, 6:10 pm
Filed under: Life, Malaysian Politics | Tags: , , , , ,

Jom ke Bukit Aman pada malam ini (18 September 2008). Saudara Amin Iskandar mencadangkan kita melakukan perhimpunan membakar lilin akan dianjurkan di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman pada pukul 8.30 malam ini…

Menurut bro Amin, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada blogger Kickdefella dan membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan Akta hasutan sebagai satu cara untuk membungkam kebebasan bersuara…

Program ini adalah anjuran teman-teman Kickdefella yang tidak bersetuju dengan penahanan ini.

Ayuh ramai-ramai kita pakat bakar lilin…! Sila rujuk penulisan Amin Iskandar.

Advertisements


One Night Only In IPK Kuala Lumpur

Alhamdulillah, saudara Anwar Ibrahim sudah pun dikeluarkan dari tahanan polis pagi tadi di Ibu Pejabat Kontijen, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saudara Anwar tidak dicederakan oleh pihak polis cuma beliau terpaksa bermalam di atas lantai lokap dan merana sakit pinggang sekarang. Inshaallah kita bersama-sama mendoakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan beliau sementara menunggu beliau mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan dalam masa terdekat.

To Anwar Ibrahim, the Malaysian Prime Minister in waiting, as long as you fight for the citizen rights, we will stand by your side – So keep it up right!

Anyway, here’s some pictures and videos I’ve took during last night events at IPK Kuala Lumpur… Enjoy!