Flux Lounge


Anwar: Give Mandate Back To The People!
February 6, 2009, 12:03 am
Filed under: Malaysian Politics, Video | Tags: , , ,
Advertisements


Rentetan Politik Perak 5 Februari 2009

Reference: Malaysia Kini, Tukar Tiub

Suara Rakyat

kemaskini 12.00am – 1.00am Perhimpunan bersurai secara aman tetapi kenderaan yang lalu lalang di sekitar kawasan kediaman Menteri besar masih membunyikan hon tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Esok para penyokong Pakatan Rakyat akan ke Masjid Bukit Chandan untuk bersolat Jumaat.

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam – dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.27pm Puluhan ribu rakyat sedang berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Perak.

Ucapan sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat datang dari setiap golongan. Warga entah dari mana-mana telah turun berpusu-pusu sehingga mengalahkan semua perhimpunan yang pernah diadakan.

Di luar, ada anasir-anasir kumpulan (dipercayai penyokong Umno dan BN) cuba membuat kacau. Dalam masa yang sama, semua tol ke Ipoh dan utara telah ditahan dan disekat oleh polis. Ribuan lagi penyokong Pakatan Rakyat tersangkut di luar Ipoh.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata  beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

Continue reading



Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari Ini (5 Feb)

SEBARAN MEDIA
5 Februari 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

“Pertahankan Kuasa Rakyat – Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT