Flux Lounge


Air Mata Hati

Air mata ini
Yang gugur bertahun-tahun selepas
Hati jadi dingin dan bicara jadi beku
Seperti tidak membawa maksud apa-apa lagi..

Kata cinta terus jadi rahsia antara kita
Terselindung dalam maksud yang paling layap
Rahsia yang disimpan dibawah agama
Rahsia seperti hal-halnya Tuhan
Baru kini aku ketahui, kau kerap mengirimnya di dalam
Setiap doa-doa yang
Tak pernah walau sekalipun dilalaikan..

Sekarang ini, diantara angin dan waktu
Aku basahkan tanah pusara dengan
Air mata dari hati
Yang sepatutnya mencurah
Segala rasa sayang rindu
Bertahun-tahun dahulu..

Hanya tanah merah ini sempat aku sentuh
Dan kamu tetap menjauh..

Bebahagialah..
Kini waktunya sudah sampai untuk aku pula menangis
Dan mengirim bait-bait cinta (dan nama)
Dari dalam doa sambil merelakan mata melepaskan nisan
Entah sampai bila..

Aku basah..
Aku rebah..

al-Fatihah buat Allahyarhamah Suraya Binti Kapten Dato’ Yahaya
(Disember 22, 1980 – Mac 16, 2009)



Artwoks + Portfolios Update! #1

Finally I’ve managed to get some of my past jobs and portfolios uploaded here on Flux Lounge Blog. I will try to upload more and more arts and previous jobs from time to time. As for now, please look on your left panel for ‘Arts + Portfolio‘… Spend some time looking at it and if you’re kind enough do leave any comments and / or your critiques there… Whatever…

Enjoy…



Selamat pengantin Baru Buat Adindaku Ain & Zul
May 17, 2008, 12:07 am
Filed under: Life, Photo | Tags: , , ,

Alhamdulillah, everything goes well as we’ve planned. My sister, Ain or real name Nur Azreen has ended her bachelor period as ‘anak dara’ on May 16th, 2008. She married the man of her life, Zulkhairi Mahmud.

Along doakan adinda berdua berbahagia sentiasa dan kekal sehingga anak cucu. Semoga kalian dianugerahkan bayi-bayi yang comel buat jadi cucu kepada Ayahanda dan Bonda. Along doakan juga agar kalian dimurahkan rezeki oleh Sang Pencipta dan semoga kalian sihat selalu tanpa lalai melakukan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri dan sebagai hamba kepada Al Khalik.

Gambar ni Along rembat dari page Angah (Izwan Azir). Gambar-gambar persandingan Klang dan Grik, Perak ada bayak yang Along snap guna DSLR dia, tapi malas pulak Along nak upload kat sini. Inshaallah kalau ada kelapangan nanti Along upload dekat site portfolio Along…