Flux Lounge


Ipoh Mali Talak Sombong Punyaaaa…

Solat Hajat…

Pictures Credit: Sya Reformis

I was stuck in the office as usual. With work loads happen from Malaysia Deputy Prime Minister act of sudden, I cursed him badly tonight. I know I am not supposed to cursed anyone at this point of level.. But.. I’m mad.. I’m seriously mad..!

I was thinking to just jump off my office seat and get driving straight away to Ipoh.. But commitment is still commitment. I’ll be praying from here for the Rakyat of Perak! Here’s a few of pictures taken by Sya Reformis on the current event of solat hajat in Ipoh.. God bless the people and God will always be with the people!

dsc04836

dsc04864

dsc04890

dsc04891

dsc04894

dsc04899

dsc04901



Rentetan Politik Perak 5 Februari 2009

Reference: Malaysia Kini, Tukar Tiub

Suara Rakyat

kemaskini 12.00am – 1.00am Perhimpunan bersurai secara aman tetapi kenderaan yang lalu lalang di sekitar kawasan kediaman Menteri besar masih membunyikan hon tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

Esok para penyokong Pakatan Rakyat akan ke Masjid Bukit Chandan untuk bersolat Jumaat.

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam – dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.27pm Puluhan ribu rakyat sedang berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Perak.

Ucapan sokongan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat datang dari setiap golongan. Warga entah dari mana-mana telah turun berpusu-pusu sehingga mengalahkan semua perhimpunan yang pernah diadakan.

Di luar, ada anasir-anasir kumpulan (dipercayai penyokong Umno dan BN) cuba membuat kacau. Dalam masa yang sama, semua tol ke Ipoh dan utara telah ditahan dan disekat oleh polis. Ribuan lagi penyokong Pakatan Rakyat tersangkut di luar Ipoh.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata  beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

Continue reading



Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari Ini (5 Feb)

SEBARAN MEDIA
5 Februari 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

“Pertahankan Kuasa Rakyat – Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT



Surat Akuan Sumpah Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat – Fauzi Muda
February 2, 2009, 10:53 pm
Filed under: Malaysian Politics, Sebaran Media | Tags: , , , , , ,

Berikut adalah surat akuan sumpah yang dibuat oleh Ketua Bahagian PKR di Ipoh Barat tentang bagaimana beliau telah dicuba untuk disogok dengan duit bernilai RM50 juta oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Inilah corak politik kotor permainan Najib dan Umno yang berusaha keras untuk mengiyakan yang batil.

Sila baca surat-akuan-fauzi-muda ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut penglibatan pihak-pihak yang berusaha mengugut dan merasuah adun-adun PKR. Sebarkan..!



Alif Mim Nun Wau, Alif Tendang Wau = Sarkis

Dari zaman P Ramlee lagi orang dah tak suka Umno. Kepada penganut agama Umno tu, fikir-fikir la…



Shamsiah Fakeh Dalam Kenangan

Ya Allah ya tuhan ku. Engkau peliharakanlah roh Shamsiah Fakeh dan tempatkan beliau dikalangan ahli syurga… Amin Ya Robbalalamin!

Al Fatihah…

Kini, rakyat Malaysia hilang lagi seorang pejuang bangsa dan tanah air yang sejati dan tulen. Pejuang ini tak pernah diberi ruang atau nama dibawah pemerintah zalim Barisan Nasional dan Umno secara amnya. Pejuang ini dianggap dan ditulis sebagai penjahat, penderhaka bangsa kerana menyertai PKM (Parti Komunis Malaya) dalam buku-buku teks sejarah sekolah hari ini. Anak Melayu, Cina dan India hari ini tak kenal siapa Shamsiah Fakeh… Penjahat kata mereka! Komunis…

Tapi itu semua kata-kata orang yang buta sejarah. Ini kata-kata orang yang hatinya gelap, ditutup dari cahaya kebenaran. Adakah benar-benar jahat PKM itu? Pada aku tidak sama sekali… Sesungguhnya mereka-mereka itu pejuang kemerdekaan! Tapi kenapa pemerintah kata mereka jahat, kenapa pemerintah buang mereka ke negeri lain? Sebab pemerintah yang ada kini, dulu dan selamanya adalah anjing kepada British.. Ya, British yang menjajah kita dulunya. Mereka-mereka ini, bersekongkol dengan Inggeris untuk menipu Melayu, Cina dan India.. Walhal mereka-mereka itu sendiri Melayu, lahir di Tanah Melayu dan memakai kad pengenalan Malaysia…

Dalam pada fikiran aku bercelaru memikirkan perjuangan orang-orang terdahulu, fikiran ini mengimbas satu memori jauh di sudut kotak fikiran.. Sekitar tahun 2004 kalau aku tak silap. Aku seorang diri pergi melawat pejuang ini di Jalan Klang Lama… Ya, Shamsiah Fakeh! Masa tu arwah dah pun duduk di atas kerusi roda. Kami bersembang panjang tentang sejarah, perjuangan, PKM, AWAS dan macam-macam lagi.. Aku kagum kerana arwah mampu mengingati setiap satu peristiwa seolah-olah ianya berlaku semalam dalam hidupnya.

Kami berbual sehingga lewat petang.. Sebelum aku mengundur diri petang itu, arwah hadiahkan aku satu dakapan mesra dari atas kerusi roda. Sambil menitis air matanya, beliau kata..

“Kalau boleh dan kalau kamu mampu, sebarkan dan tulis sejarah yang betul. Bukan yang direka cipta oleh orang hari ini. Jangan padamkan api perjuangan kamu…” – Kata-kata arwah ini aku simpan jauh ke dalam lubuk hati aku.. Inshallah, bila sampai waktu, kita akan jumpa lagi…

Al fatihah buat Allahyarham Shamsiah Fakeh!

—–

Terima kasih buat Maryam Mohd dan Edyes Dot Com kerana memaparkan article saya setahun yang lepas iaitu ‘Merdeka dan Menderhaka Dalam 50 Tahun‘ di laman blog kamu. Inshaallah, kebenaran akan muncul tak lama lagi…

—–

Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pictures credit: Luqman Hakim