Flux Lounge


Salam Eidulfitri 1429
September 30, 2008, 11:09 pm
Filed under: Islamic Issues, Life, Malaysian Politics | Tags: , , , ,

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Sang Pencipta yang memanjangkan umur buat aku menikmati Syawal kali ke 30 dalam hidup ini. Syukur alhamdulillah… Semoga kita semua dipanjangkan umur (inshaallah) buat menikmati Ramadan di tahun hadapan…

Dalam pada kesibukkan umat manusia membuat persiapan raya selama beberapa minggu terakhir ni, aku tak ketinggalan menghantar dan menerima ucapan Syawal dalam bentuk sms dari sahabat-sahabat di seluruh pelusuk dunia… Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, Ireland, Denmark dan merata-rata lagi. Kini, tiada lagi suasana kiriman kad ucapan raya pengganti diri seperti zaman kanak-kanak aku. Zaman dah berubah.. sms lebih ringkas dan jadi pilihan. Dan setiap kali menjelangnya Syawal, hati aku kerap tersentuh… Teringatkan sahabat dan keluarga yang masih hidup tapi tak mampu untuk aku bersua dan yang telah pergi meninggalkan dunia fana ini. Buat yang masih hidup, aku sayu kerana begitu susah dan payahnya untuk kita bersua muka. Masa, garisan sempadan yang pelbagai, wang ringgit dan seribu satu alasan yang memisahkan kita. Dan pada yang telah meninggal dunia, tiada apa lagi di dunia ini yang tinggal mampu buat kita bersua selain berjumpa dalam mimpi ciptaan tidur di malam hari… Inshaallah bila sampai waktu, bersua juga kembali kita menghadap yang Esa…

Sempena Syawal ini juga, aku ingin ambil kesempatan yang agak terhad dan di ruang sempit ini buat memohon sejuta kemaafan pada semua sahabat yang mengenali diri aku ini, keluarga dan juga pembaca blog sempit ini termasuklah Dollah Badawi, Pak Polisi dan si SB… Aku sememangnya ‘kerap’ menghamburkan kata-kata kesat, maki hamun dan sumpah seranah dalam ruang sempit lolosan fikiran aku ini, maka dengan itu, aku mohon sejuta kemaafan! Maaf kerana aku hanya seorang manusia biasa yang tak mampu menampung segala rasa marah dan benci pada kerajaan yang memerintah sekarang ini. Rasa benci dan meluapnya kemarahan ini mungkin takkan reda selagi aku belum mampu hidup aman di bumi Melayu dan Malaysia ini. Inshaallah, dengan munculnya Syawal tahun ini, aku berniat untuk ‘menumpulkan’ sedikit lidah pena aku dari bergelumang dengan kata-kata yang tak sedap didengar atau dibaca… Tapi ingatlah wahai pengampu domba ‘kera-jaan’, aku masih tetap mahukan sebuah kerajaan baru yang adil bagi rakyat dan tulus ikhlas memperjuangkan hak-hak rakyat marhaen seperti aku ini, kamu dan semua orang!

Teringat aku sirah Nabi selama beberapa tahun Rasulullah berdakwah menyebarkan agama Islam di Mekah dan Madinah, Rasulullah hanya menyambut Eidilfitri pada tahun terakhirnya di Madinah… Selepas umat Islam mendapat kemenangan mutlak – Dari segi penyebaran, dakwah dan sebagainya. Laungan takbir bersahutan tanda kemenangan. Tetapi aku sebagai rakyat Malaysia, belum lagi mengecapi kemenangan indah seperti mana yang pernah dinikmati umat-umat di zaman Rasulullah… Maka itu, aku dan keluarga hanya menyambut Syawal dengan kadar serba sederhana… Tanda belum menikmati kemenangan!

Sekali lagi dikesempatan yang ada ini, aku ingin menyusun 10 jari tanda mohon kemaafan jika ada salah silap aku sebagai manusia selama ini. Sebagai hamba yang lemah, amat sukar bagi aku melarikan diri dari melakukan sebarang kekhilafan duniawi, maka dengan itu aku mohonkan sejuta keampunan dari kalian. Semoga kalian bergembira dengan kedatangan Syawal di samping insan tersayang, keluarga dan para handai taulan… Inshaallah!

Salam Eidulfitri 1429 hijrah buat semua. Mohon maaf lahir batin!


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: