Flux Lounge


Alhamdulillah… Ayuh Ke Putrajaya!

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44: PERMATANG PAUH

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2. Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3. Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

PERMATANG PAUH

  • Khairy kata nak kuburkan karier politik DSAI di Permatang Pauh. Sekarang siapa yang kena kubur? Khairy kata nak letak jawatan kalau Anwar menang. Jadi saya sebagai rakyat Malaysia berdaftar MENUNTUT agar KHAIRY JAMALUDDIN MELETAK JAWATAN DENGAN KADAR SEGERA! Sila klik di sini.
  • Arif Shah Omar Shah hilang integriti sebagai Melayu dan sebagai seorang Islam! Beliau berani memberikan kenyataan yang mana beliau keluar mengundi pada pukul 8.08 pagi kerana percaya bahawasanya angka ‘8’ bakal memberi sejenis ‘tuah’ pada beliau. Nampaknya beliau lebih Cina dari orang Cina.
  • 5 bas membawa pengundi hantu dari Melaka berjaya ditahan. Anwar turut menaiki salah satu bas hantu tersebut untuk ‘berkenalan’ dengan hantu-hantu yang dikirim Ali Rustam dan Umno khususnya. Sila klik di sini.
  • Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Seri) berserta 2 orang anak lelakinya telah ditahan polis atas tuduhan menghalang kerja polis atau erti kata lain ‘menahan pengundi hantu’. Menurut bilik berita dan rakan media, beliau telah dibelasah dengan teruk di dalam lokap. Wallahualam… Semoga Allah menyelamatkan beliau dan yang ditahan! Sila klik di sini.
  • Lewat tengah malam 25hb Ogos, aku menerima satu panggilan telefon dari seorang rakan media mengatakan beliau mendapat maklumat sahih dari seorang ahli Umno mengatakan bahawa terdapat lebih kurang 20,000 pengundi hantu daripada anggota polis yang dikerahkan ke Permatang Pauh. Alhamdulillah, mesej berjaya disampaikan kepada saudara Azmin Ali untuk tindakkan selanjutnya.
  • Imam Masjid yang menjadi saksi sumpah lakhnat Saiful Bukhari, Ramlang Poringi membuah pendedahan di atas pentas ceramah PKR di Permatang Pauh. Saiful PEMBOHONG! Sila klik di sini.
  • Petugas PKR berjaya mengesan sindiket mengumpul kad pengenalan pengundi di Permatang Pauh dan mereka-mereka ini dijanjikan pinjaman peribadi sebanyak RM3,000 serta wang tunai RM50 untuk mengundi calon Barisan Nasional. Sila klik di sini.
  • 120,000 Penyokong PKR & Pakatan Rakyat berkumpul di Permatang Pauh sejak awal malam tadi sebagai tanda sokongan kuat kepimpinan DSAI sebagai Ketua Pembangkang baru dalam Parlimen Malaysia dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru. Manakala lebih kurang 50 penyokong Umno mengamuk di Permatang Pauh memecahkan cermin bangunan kerana tak dapat bayaran tugas yang dijanjikan BN. Hmmm… Bekerja kerana wang dan bukan kerana Allah Taala…. Sila klik di sini.
  • Tan Sri Pandikar Amin Mulia tak layak jadi speaker Dewat Rakyat! Beliau kelihatan cenderung kepada Barisan Nasional dan Umno khususnya dari hujah-hujah yang dikeluarkan beliau semenjak dua menjak ini. Beliau yang bertugas sebagai speaker Dewan Rakyat seharusnya bersikap neutral! Beliau hanya seorang ‘Pandikar’ bukannya ‘Pendekar Barisan Nasional’. Sila klik di sini.

Alhamdulillah… 2P daripada 3P sudah berjaya dilaksanakan.

1P – Permatang Pauh (Berjaya)
2P – Parlimen (Berjaya)
3P – Putrajaya (Inshaallah akan menyusul)

Sekalung tahniah buat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para petugas PKR dan Pakatan Rakyat yang telah menjayakan kempen di Parlimen P44! Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi di Permatang Pauh kerana telah bertindak BERANI! Inshaallah… Ini untuk masa depan kita dan anak-anak cucu kita…

TERUSKAN LANGKAH. LAWAN TETAP LAWAN! ALLAHUAKHBAR!!!!


2 Comments so far
Leave a comment

Tan Sri Pandikar Amin Mulia tak layak jadi speaker Dewat Rakyat! Beliau kelihatan cenderung kepada Barisan Nasional dan Umno khususnya dari hujah-hujah yang dikeluarkan beliau semenjak dua menjak ini. Beliau yang bertugas sebagai speaker Dewan Rakyat seharusnya bersikap neutral! Beliau hanya seorang ‘Pandikar’ bukannya ‘Pendekar Barisan Nasional’

hahaha…lawak2..:D

Comment by zed

wah . . . . ada apa di Blog ini, kontroversi banget isi nya n komentnya . . .
keep Post, sir. . .
pro or kontra . . .
Post jalan terusss. . .
terimakasih diizinkan comment

Comment by Faizal Kamal




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: