Flux Lounge


Pak Lah Jentik Kickdefella – Flag Upside Down

Save Malaysia

Kaum kerabat lembu, monyet, anjing dan beberapa ‘jenis-jenis’ haiwan berbentuk manusia dari Barisan Nasional dan Umno secara khasnya ini memang tak boleh melihat perkara pelik agaknya. Pelik pada mata mereka yang dungu dan jumud. Tapi pada fikiran manusia yang terbuka minda dan luas pemikirannya, sesuatu yang dibuat pasti bersebab dan aku sendiri sudah lama mempunyai banyak sebab untuk melakukan perkara yang sama. (Cuma mungkin aku agak sibuk kebelakangan ini yang membuatkan aku lambat update blog serpihan ini).

Baru-baru ini, seorang rakan bloggers yang dikenali sebagai Sheih yang popular dengan laman blognya, Kickdefella telah melakukan sesuatu yang pada mata binatang-binatang kejaraan ini sebagai mencemar imej negara… Terbalikan bendera kebangsaan! Ya! Kali terakhir aku melihat bendera terbalik ini adalah sekitar pertengahan tahun ’90an iaitu dalam beberapa siri konsert Rage Against The Machine – sebuah political band dari barat, selain aku seorang diri yang menampal bendera Malaysia dalam bilik tidur dalam keadaan terbalik sekitar tahun ’90an… Gaya punk/rock kononnya… Tapi bila aku dah meningkat dewasa, sifat-sifat punk/rock ni banyak yang aku dah campak jauh. Bila rakan-rakan datang masuk bilik aku nak dengar CD, mereka akan tanya kenapa bendera aku begitu dan jawaban aku mudah…. Aku protes!

Apa yang aku protes? Terlalu banyak….! Sebagai seorang rakyat Malaysia, berbangsa Melayu, beragama Islam – Aku melihat undang-undang yang dicipta kerajaan hanyalah sebagai satu simbolik untuk menyatakan kekuasaan mereka sebagai pemerintah. Kerajaan yang konon-kononnya memperjuangkan ‘Ketuanan Melayu’ tapi haram jadah tak buat apa untuk mengangkat martabat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi. Belum ada universiti swasta khas didedikasikan untuk bangsa Melayu (Universiti kerajaan tak payah cerita). Pendidikan di kawasan pedalaman Melayu masih lemah dan dipecah-pecahkan mengikut kasta dengan idea mewujudkan MRSMF dan MRSM. Semenjak lepas merdeka tahun 1957, orang Melayu mula merempat di tanah air sendiri. Teringat aku kata-kata Pakcik Syed Nor dan Pakcik Amir…

“Sebelum Merdeka – Perkataan setinggan tak wujud! Kerajaan bangsat Umno inilah yang bawa orang Melayu tinggal di setinggan (rumah haram). Itu ke katanya nak menolong orang Melayu?”

Ahh.. Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan apa yang aku protes. Hari ini, aku masih lagi seorang Melayu, rakyat Malaysia yang masih tertekan (ditekan), meniti arus kehidupan dengan segala kesusah-payahan untuk terus bernafas di bumi Malaysia biarpun nafas aku kian lemah dan sangkut-sangkut. Aku ditekan untuk menjalani kehidupan perit ciptaan Umno di bumi Melayu ini sendiri…

Hari ini, bila aku melayari laman web Malaysia Kini, ada satu artikel yang mengatakan Pak Lah berang dengan tindakan Sheih mempamirkan bendera Malaysia secara terbalik di laman blognya dan di rumahnya… Buat Pak Lah – “Lain kali baca sampai habis. Ada sebab mengapa kami-kami mempamirkan bendera dengan cara sedemikian. Ini keluhan kami… Kami sudah lama tersepit sedang kamu-kamu mewah dengan harta rakyat jadi sajian sampai melimpah ruah…”. Buat Bro Sheih – “You are not alone bro and you’ll never walk alone!”.

Rasa gelihati pula aku bila memikirkan terdapat beberapa bendera yang mana kalau diterbalikkan pun tak jadi apa. Antaranya, bendera Jepun, Pas, Parti Keadilan Rakyat dan beberapa lagi… LOL!

Rujukan di Wikipedia = http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_desecration


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: