Flux Lounge


Warkah Buat MMA di Ruang Siber DSAI

dsai..

nak tanya sikit, macam mana cara nak turunkan harga minyak tu.? kami orang kampung ni selalu dimaklumkan harga minyak dunia naik, sebab tu harga minyak di malaysiapun naik. pendek kata memang terpaksa dinaikkan.

jadi cuba la dsai terangkan apa formula nak turunkan harga minyak sambil pembangunan negara diteruskan supaya dapat pula kami terangkan kepada orang lain.

MMA Jun 9th, 2008 at 3:11 pm

Buat MMA:

DSAI banyak menerangkan tentang cara-cara untuk menurunkan harga minyak dalam ceramah-ceramah yang diadakan beliau juga oleh para pemimpin PR yang lain. InshaAllah, kalau difikirkan dari sudut ekonomi dan logikaliti akal manusia, boleh berjaya.

Antara yang pernah dikatakan DSAI dalam siri ceramah beliau mengenai harga minyak ialah untuk memberikan subsidi yang lebih buat rakyat daripada keuntungan Petronas. Dianggarkan bahawasanya keuntungan bersih Petronas dalam jangka setahu adalah sekitar RM80 billion yang mananya selama dalam pemerintahan Abdullah Badawai, subsidi minyak hanya dikeluarkan sekitar RM12-15 billion sahaja buat rakyat. Keuntungan yang dinyatakan di sini adalah keuntungan ‘bersih’ selepas menolak segala modal perbelanjaan Petronas selama setahun.

Datuk Shahrir Samad yang mengatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi minyak kepada rakyat yang berjumpah RM56 billion adalah satu bentuk penipuan. Ini adalah kerana Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion. Kedua-duanya memberikan dua kenyataan yang berbeza dan bercanggah. Dari sini, rakyat harus berfikir sendiri. mahu terus ditipu atau ingin berubah? Tepuk dada tanya selera.

Keuntungan bersih Petronas yang bernilai sekitar RM80 billion, adalah hak rakyat! Tetapi kerajaan BN dengan sesuka hati memanipulasi kenyataan dan segalanya. Kini, keuntungan Petronas hanya jadi keuntungan kerajaan BN dan kroni-kroninya.

Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong dieksport ke negara luar, yang memberi pulangan RM27 juta (sehari). Petronas untung lebih RM80 billion, yang kesemuanya milik kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang. Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Mengikut kata DSAI dalam siri ceramah beliau, harga minyak masih boleh diturunkan ke paras yang lebih waras dari yang ada sekarang dengan menggunakan keuntungan bersih Petronas setahun. Malahan wang-wang tersebut masih berlibihan sehingga DSAI yakin dapat menggunakannya bukan sahaja untuk subsidi minyak, tetapi memberikan pendidikan dan perubatan secara percuma kepada rakyat. Kerajaan BN pula hanya tahu membandingkan harga minyak tempatan dengan harga minyak di negara luar (terutama negara jiran yang bukannya negara pengeluar minyak) tanpa mahu mendedahkan harga sebenar yang dijual di negara-negara pengeluar minyak seperti UAE, Mesir, Arab Saudi, Iran dan sebagainya.

Memang benar – harga minyak dunia kian meningkat. Tetapi siapa yang kawal harga minyak dunia? Amerika Syarikat? Umum mengetahui bahawa Amerika sedang ketandusan minyak dan negara itu sendiri bukanlah pengeluar minyak. Dalam senario dunia hari ini, antara penjual dan pembeli siapakah yang bernasib malang? Penjual atau pembeli? – Fikir-fikirkan…

Nah! Sekarang tuan/puan tahu siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri – Haruslah seorang yang memberjuangkan rakyat dengan hati ikhlas, tulis dan suci – bukannya untuk menggemukkan poket, mengenyangkan anak menantu sendiri…

Lawan tetap lawan!


2 Comments so far
Leave a comment

Seratus Peratus setuju.
Keuntungan Petronas mesti disalurkan untuk kepentingan kesemua rakyat Malaysia seperti subsidi minyak , subsidi perubatan , subsidi pendidikan dll…

Comment by Teoh_Sept16

“tanpa mahu mendedahkan harga sebenar yang dijual di negara-negara pengeluar minyak seperti UAE, Mesir, Arab Saudi, Iran dan sebagainya.”

The middle east price barely reach $1. But mereka pengeluar minyak lagi besar drp malaysia. mereka untung $400 billion ($), kita untung rm80 billion (RM) mana boleh compare. Sila buat research betul2 sebelum berkata2.

“Tetapi siapa yang kawal harga minyak dunia? Amerika Syarikat? Umum mengetahui bahawa Amerika sedang ketandusan minyak dan negara itu sendiri bukanlah pengeluar minyak.”

Amerika tidak ketandusan minyak. Sapa kata. mana anda dapat informasi ini? Memang mereka bukan pengeluar minyak terbesar. Namun mereka ada kuasa kawal harga minyak. Kerana mereka pembeli (justeru pemilik) terbesar minyak. Anda tahu bagaimana mereka kawal harga minyak? mereka simpan minyak utk naikkan harga minyak. dan bila meraka nak turunkna harga minyak, mereka release simpanan minyak itu. jadi mmg benarlah mereka yang kawal harga minyak. Satu dunia dah setuju dgn hal ini, siapa kamu (yg hanya mendengar ceramah anwar) nak mempersoalkan fakta ini?

“Keuntungan Petronas mesti disalurkan untuk kepentingan kesemua rakyat Malaysia seperti subsidi minyak , subsidi perubatan , subsidi pendidikan dll…”

Rakyat naik kepala. Bagi betis nakkan paha. Wang keuntungan petronas mmg banyak, tapi bukan semua kena salur kepada rakyat. wang itu mesti di jadikan modal bagi mengembangkan petronas utuk persedian menghadapi kehabisan sumber minyak nanti. Kalau semua nak bagi rakyat sekarang, maka skrg sajalh kita sng, tapi kita sendiri akan menderita apabila petronas x cukup duit (setelah kehabisan minyak 2015) pada masa hadapan. Kita x boleh boros sekarang.

“Sekarang tuan/puan tahu siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri – Haruslah seorang yang memberjuangkan rakyat dengan hati ikhlas, tulis dan suci ”

Mana anda tahu dia berhati ikhlas, tulus dan suci? mana anda tahu. Mengapa anda begitu naive dan nampaknya amat yakin dengan jejaka ini? Hanya sekadar terpengaruh ddgn hujah2 dan janji2 manis beliau yg tidak pernah terbukti semasa beliau dalam kerajaan? Kenapa anda terlalu cepat mempercayakan seseorang? Kenapa anda tidak tengok bukti dan track record beliau dahulu (keputusan beliau ambil IMF & perlaksannan credit crunch yg merugikan malaysia sehingga 300billion in da middle of economic crisis)? Kenapa anda terus terpengaruh dgn ceramah penuh ‘karisma’ beliau. Saya yakin, anda lebih bijak drp ini.

Saya bukan pro kerajan, Tapi saya terpaksa kritik cara anda cakap dalam blog anda tanpa data lengkap dan bukti2 kukuh (seperti Pak Lah). Hujah anda hnya sekadar sentimen semata2 dan boleh mempengaruhi perkara yg salah ke atas pihak yg kurang berilmu dalam hal ini. Jgn sampai komen yg x berapa lengkap ini memberi persepsi kurang tepat pada org sehinga terjadinya fitnah.

Comment by Azeem




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: