Flux Lounge


Al Fatihah Buat Salman Nasaruddin
March 6, 2008, 6:10 pm
Filed under: Life, Malaysian Politics

Md Salman Nasaruddin

Al Fatihah buat Muhammad Salman Nasaruddin yang telah pulang ke Rahmatullah pada jam 2.00 petang Mac 4, 2008 selepas dilanggar-lari oleh semua kenderaan yang tak dapat dikenal pasti. Arwah pada ketika itu sedang berjalan di kawasan sekitar rumahnya di Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada siapa telah didakwa atas jenayah ini, dan masih tiada siapa yang telah tampil bertanggungjawab untuk tindakan keji ini. Salman meninggalkan kita semua dalam umur yang sangat muda… 24 tahun.

Al Fatihah…

Salman merupakan seorang pejuang dan reformis tulen yang mendapat kelulusan ijazah fotografi dari SPEOS Photographic Institute di Paris, Perancis. Selama hayatnya, beliau telah banyak berjasa dan menceritakan kepada kita melalui gambar-gambar fotografinya mengenai arus-arus kebangkitan para reformis dari seluruh Malaysia. Beliau telah banyak mengikuti DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kempen ceramah PRU-12 ke setiap pelosok tanah air. Melalui hasil kerja arwah, kita dapat menilai, betapa rakyat sedang bangkit dan keluar menyokong serta menghadiri ceramah dan perhimpunan yang dianjur oleh Barisan Alternatif (BA).

Al Fatihah…

Mungkinkah arwah menjadi mangsa kepada manusia yang takut untuk melihat kebangkitan rakyat ini? Mungkinkah arwah menjadi mangsa kepada sebuah parti politik yang rakus tetapi takut? Atau mungkin juga beliau menjadi mangsa pemandu lalai, mabuk dan sebagainya… Kita tunggu jawaban di Padang Mahshar kelak. Tugas kita yang masih hidup ini, belum selesai. Teruskan perjuangan. Perjuangan kita dan perjuangan Salman. Doa buat pejuang yang gugur. Doa buat arwah Salman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diantara kekasih-kekasih Allah.

Al Fatihah…

Sehingga sampai waktu, kita akan berjumpa lagi Salman.

Md Salman Nasaruddin


2 Comments so far
Leave a comment

Dear writer,

I would like to say thank you for your kind words. I am Sumayyah, Salman’s elder sister and me and my family appreciate your prayers for Salman.

Salman was a very special person, and he has shown such strong character event at a young age. He has fought for what he believed in, even to his last days. He was on the way to the office to continue his works for DSAI and that’s when the accident happened. Despite his young age, and againts all odds that he has been through, he managed to continue to strive to serve the country the best way he knew how. He believed that every little helps, and with that he has shown us so much determination for the freedom of Malaysia.

So let us remember Salman for his strength and as one of the many unsung heroes in Malaysia, who fought for a better country for all of us.

Your’s sincerely,
Sumayyah

Comment by Sumayyah

[…] Al Fatihah Buat Salman Nasaruddin […]

Pingback by A Letter From Sumayyah « Flux Lounge




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: