Flux Lounge


Hari Penentuan Ijok
April 28, 2007, 1:53 pm
Filed under: History & Literature, Malaysian Politics

SPR Kuda Tunggangan BN

Hari ini, Sabtu 28 April 2007. Hari yang bakal menyaksikan satu bentuk pembaharuan atau ketiada langsungan berlaku apa-apa perubahan. Hari ini, pengundi-pengundi Ijok akan keluar memilih wakil yang akan mewakili Dewan Undangan Negeri mereka. Semoga berlaku perubahan besar di Ijok, Kuala Selangor tahun ini walaupun ianya sesuatu yang sukar. Pertembungan wakil Barisan Nasional dan juga Parti KeAdilan Rakyat dan Ijok menjadi tuan rumah menyediakan gelanggang Seni Silat melawan Kalari Payat. Pengadilnya pula dibawakan khas dari SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang sudah lama diketahui kekorupannya dalam mengadili mana-mana perlawanan.

Aku seperti biasa sudah sedia maklum akan ‘keadilan’ SPR yang sudah lama hilang ketelusan di bawah pimpinan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rashid Bin Abdul Rahman. Gelarannya Tan Sri. Datuk Seri Panglima. Tapi inilah dia panglima yang mirip kepada panglima-panglima yang mudik-mudik sekitar laut Selat Melaka pada zaman Kesultanan Melaka dahulu. Panglima yang rata-rata penduduk Melaka gelarkan ‘lanun’… Raja di lautan. Bezanya dengan Haji Abdul Rashid ni, beliau ialah panglima yang tinggal di daratan. Berkuasa semenjak mengikut telunjuk dan menjadi anjing sepakan UMNO dan Barisan Nasional amnya.

Berbalik tentang alkisahnya di Ijok, aku agak sedih dan berat hati sebab tak dapat nak turun meninjau ke Ijok. Sekurang-kurangnya, dapat melihat perkembangan semasa dan terikini. Tapi apakan daya, pada waktu menulis ini, badan terkurung dalam pejabat menyelesaikan tugasan harian.

Apa-apa pun aku berharap sangat agar penduduk Ijok dapat cahaya pembaharuan dan agar terbuka minda mereka memilih wakil yang sesuai bersandarkan latar belakang bakal-bakal wakil tersebut bukan atas tomahan, sifat gangsterisma, janji-janji manis wakil yang di kemudian hari akan hilang dibawa bayu angin Kuala Selangor. Insyallah…

Bangkitlah wahai penduduk Ijok di mana majoriti kamu adalah berbangsa Melayu. Usah tidur lagi. Hentikan mimpi-mimpi palsu. PKR kini menghantar orang Melayu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon buat kamu-kamu pilih. Bukan K. Partihban yang buta mata dan hati serta pekak telinganya dari pekikan dan lolongan rakyat. Insyaallah.. Perubahan dapat dilakukan jika kamu-kamu membuat pilihan bijak. Sekurang-kurangnya, jasa dan kredibiliti Tan Sri Khalid Ibrahim sudah jelas dan nyata dan kita tahu. Aku tahu. Kamu juga tahu, kini…

Kepada sesiapa yang belum membaca ‘Surat DSAI buat penduduk Ijok’, sila rujuk ke ruangan Surat Peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim Kepada Pengundi-Pengundi Ijok. Lakukan perubahan demi masa depan yang lebih terbela.. Keluarkan Ijok dari kelompok ‘masyarakat serpihan’ kerejaan BN..!


3 Comments so far
Leave a comment

Well, the result is out and it seems evil prevailed. As long as Malaysian have the same mindset, same attitude of easily satisfied and afraid of change or coming out of their comfort zone, I doubt our political scenario will ever change.

Comment by burn

the mindset of the people could never change since it has been ‘ultimately’ brain stormed by the local goverment… those shitty goverment can only be pulled down by a army take-over…

Comment by Farul Azri

haiz….u knw how ‘dark’ or nt inside those political party….i even heard from the ppl inside the party,saying tat they use dunno how many bilion to buy those vote….bah…..cann0t let BN had the majority wins…i hope next year will be better….and if BN win wif a majority number of seats…den they will be very ‘bongkak’,sombong,….haiz…..

Comment by Kazuki




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: