Flux Lounge


Bila Najib Pecahkan Bangsa Melayu… Lagi..
March 31, 2007, 1:49 am
Filed under: Malaysian Politics

Najib Tun Razak

Najib mula buat perangai lagi. UMNO cuba pecahkan bangsa Melayu buat kesekian kalinya. Apa yang diperhebatkan sangat? Kononnya penyelamat bangsa Melayu? Pembela anak bangsa? Demi Allah dan Rasul… Apa yang di buat mereka-mereka ini? Anak Melayu terus meratap… Anak Melayu terus merana… Bangsa Melayu kian punah…

Najib Tun Razak secara terang-terangan tadi dalam warta tengah malam menyatakan bahawa akan diwujudkan satu sekolah MRSM khas bagi anak-anak FELDA. Akan dikenali dengan nama MRSMF. Segala wang pembiayaan akan ditanggung FELDA. MRSMF yang khas bagi anak-anak FELDA. Dengan tak semena-mena, aku jadi marah yang amat sangat..!! Hampir saja meja kedai makan terbalik aku kerjakan..

Kenapa perlu ada pembahagian antara anak FELDA dan orang bandar? Kenapa perlu ada satu bentuk pengasingan pembelajaran antara orang FELDA dan orang bandar? Kenapa itu.. Kenapa ini… Bukankah ini suatu bentuk pengasingan atau ertikata lain pemecahan dalaman anak bangsa MELAYU? FELDA seperti yang kita ketahui, rata-ratanya dimonopoli Melayu…

Dalam pemikiran aku yang kolot dan sempit ini, mula mengeluarkan pelbagai spekulasi hebat. Pada fikiran aku, perkara ini secara tidak langsung akan menimbulkan perbagai masalah dan perselisihan pada masa akan datang. Petugas-petugas dan tenaga pengajar akan merungut kerana terpaksa mengajar sejauh ceruk Felda. Status pembelajaran pelajar akan wujud perbezaan. Silibus pelajaran anatar MRSM dan MRSMF akan dibeza-bezakan demi menjadikan kotak pemikiran anak FELDA yang berbeza dengan anak bandar… Dan seribu satu lagi spekulasi-spekulasi hebat dan tinggi setinggi langit ketujuh..!! Walau bagaimana pun, apa yang mampu aku lakukan hanyalah menunggu dan lihat perkembangan…

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perkenalkan ‘bahasa baku’ sebagai bahasa harian dan sebagai kegunaan rasmi, ramai pihak tak senang duduk. Panas bontot. Gelisah resah. Kenapa? Kerana bahasa baku dapat menyatukan anak bangsa dari setiap negeri. Akan hapus perasaan megah kenegerian. Bagaimana? Bila kemana-mana kita pergi waima Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Johor atau di Kuala Lumpur sekali pun semuanya menggunakan bahsa baku… Semua akan berkata-kata dalam nada dan tonasi yang sama.. Maka penyatuan akan wujud di situ… Tapi bila DSAI jatuh, bahasa baku turut jatuh bersama…

UMNO melonjak gembira kerana bangsa Melayu tak jadi bersatu.. Dan aku masih marah.. dan tetap marahkan UMNO selagi parti ini diperintah anjing-anjing berkepentingan.. Anjing-anjing British yang sudah lama hilang ‘mim’ dalam Melayunya… Aku tetap marah selagi diperintah anjing-anjing UMNO..!!


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: