Flux Lounge


Selamat tahun baru masehi 2007 (Bahagian II)
January 3, 2007, 4:53 am
Filed under: Life, Malaysian Politics

New Year

Manusia-manusia yang tak kenal usia.. =) Tua-muda.. sama sahaja.. Agaknya orang-orang Malaysia memang suka perkara-perkara semacam ini. Apa sahaja yang berkenaan dengan hiburan, benda-benda percuma, berhimpit di khalayak.. Semuanya ‘indah’ pada mereka. Entah la…

Aku bukan ada niat nak kutuk atau nak mengata, cuma aku rimas.. aku rimas tengok manusia-manusia yang semacam ini. Sibuk berpesta ke sana kemari.. Apa yang nak di pestakan..? Yang tua-tua bangka tu pun sama.. cakap dengan anak bini dekat rumah, ada mesyuarat la, pegi surau la, out-station la seribu satu alasan dibaginya.. walhal, tu dia, karaoke atau pun berdangdut sampai lebam dengan perempuan-perempuan yang dah tak reti nak buat keje lain yang lebih elok, yang lebih halal.. PEMALAS SEMUANYA NAK DUIT MUDAH DAN CEPAT!!

Kenapa aku cakap macam ni..? Sebab bos kat ofis aku ni pun sama.. kaki betina!! Bini kat rumah terkapai-kapai.. tak mengapalah… lupakan hal tu..

Radhi malam tahun baru tu tak banyak celotehnya.. mungkin sebab tengak mabuk dilamun cinta dengan kekasih baru agaknya.. aku, macam biasa la, komen sana.. komen sini… aku sedih, bila tengok anak bangsa sendiri jadi macam ni. sedih bila memikirkan yang mereka-mereka ini semua fikir mereka berada dalam zon selesa.. zon selamat.. kerajaan jaga semuanya.. hakikatnya…

Kita tersepit…
Kita terkepit oleh perlembagaan bodoh kerajaan…
Kita layu di tangan kerajaan…

Jangan sampai kita jadi seperti Melaka yang diserang Portugis pada subuh 14 Ogos 1511 selepas sepanjang malam berpesta sakan ditaja oleh Sultan Mahmud Shah…


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: