Flux Lounge


Selamat Tahun Baru Masehi 2007 (Bahagian 1)
January 1, 2007, 11:29 pm
Filed under: Life, Malaysian Politics, Miscellaneous

Pesta Bodoh

Akhirnya sampai sudah tahun 2007 dalam kelendar masehi. Jangan katakan anak-anak muda, yang tua bangka pun tak nak ketinggalan meraikan satu macam jenis perayaan yang aku langsung tak faham. Ada apa dengan tahun baru? Macam bunyi tajuk filem pun ada juga.. Ada Apa Dengan Cinta?

Tahun baru yang diraikan semua ini, adalah satu tahun baru dalam kalendar mesehi mengikut perkiraan penganut Kristian. Aku secara peribadinya, tak nampak apa yang istimewanya perayaan yang seperti ini. Setiap kali tahun baru, apa yang aku kira ialah umur aku yang makin meningkat tua, jangka hayat hidup aku semakin pendek, bebanan bakal bertambah, minyak dan tol bakal naik lagi, harga runcit dan barang basah akan meningkat, taraf kehidupan manusia akan melonjak, ekosistem bumi makin lemah dan seribu satu perkara-perkara yang tak seronok langsung kalau nak nak difikirkan pun. Jadi atas dasar apa lah kalau nak diraikan sekali pun..? Nasib baik lah tahun baru ni syarikat penerbangan Air Asia buat tiket murah ke London.. RM9.99!! Heh..

Sebagai seorang penganut agama Islam, aku tak rasa ada apa yang perlu aku raikan pada tahun baru mesehi. Sedangkan Maal Hijrah pun aku rasa, kalau bukan setakat aku seorang, mungkin mana-mana pihak pun tak pernah nak ambil pusing pada agenda sambutan besar-besaran.. Balik-balik, kerajaan buat Tilawah Al Quran dan benda-benda yang kita dah biasa tengok atau dengar.. Alih-alih, itu je la modal kerajaan pun.. Bila minda UMNO dah di bentuk dalam pemikiran semua rakyat Malaysia, maka tak ada siapa yang pernah komen pun.. Bodoh..!

Mungkin jugak, orang tak nak ‘celebrate’ Maal Hijrah ni sebab ianya bersifat keagamaan, oleh itu, konon-kononnya, diorang cuba menghormatinya la kot? Ntah la.. Walau apa pun, Malam tahun baru yang sudah, aku masih tetap keluar.. Tapi tak pergi jauh pun.. Aku dah faham dan maklum yang jalan akan jadi sesak dengan kenderaan orang-orang tua-muda yang nak jadi gila malam tu selain bakal diisi dengan kejadian pergaduhan, tikam menikam, ragut-meragut.. Tujuan aku keluar pun malam tu bukan sebab nak meraikan, tapi sebab aku pergi menonton wayang.

Malam tu aku dengan seorang sahabat, Radhi.. Kami pergi ke USJ Summit menonton satu lagi file dari Yahudi, ‘Night At Museum’.. Kami mungkin sekadar ‘cuba’ menghilangkan bebanan dan tekanan kerja. Boleh la buat berhibur melihat bolak balik watak-watak ciptaan Yahudi.. Filem berkesudahan seperti biasa.. Aku dah boleh jangka pun..

Sesudah tu, aku dan Radhi menuju ke gerai minum di SS15.. Restoran Pelita.. Satu-satunya restoran mamak pilihan aku! Sebab apa? Sebab restorang Pelita ni sahaja yang menyediakan surau di setiap restorannya.. =) Dan seperti yang aku jangkakan, tempat tu dah memang penuh dengan manusia-manusia yang baru pulang dari meraikan ‘tahun baru’..

Bersambung…


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: