Filed under: Malaysian Politics, Music | Tags: BN MPs, jump, kris kross, lompat si katak lompat, Pakatan Rakyat
Raja Petra Kamarudin dah buat akuan sumpah dan laporan polis tentang penglibatan Datin Sri Rosmah Mansor, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan profil tinggi, Altantuya Shaariibuu. Anehnya polis menyiasat RPK pulak bukannya menyiasat nama-nama yang disebut dalam laopran RPK. Inilah Malaysia… Poliskan Raja Di Malaysia…
Kotor dan jijik politikus mereka-mereka ini. Kalau sampai sanggup bunuh orang, apa la sangat dengan perihal kita rakyat biasa ni? Lagi la senang nak dicincang lumat! Mengikut laporan RPK, Pak Lah dan menantu hantunya Khairy Jamaluddin ada menerimna laporan dari Perisikan Angkatan Tentera Malaysia, tapi kedua-dua mangkuk ni menafikannya. Mungkin ini kunci kejayaan Khairy untuk mengugut Najib anak beranak dan kunci kejayaan Pak Lah untuk tidak atau melengah-lengahkan peralihan kuasa… Kita tunggu dan lihat!
Sementara tu, inflasi mula menjalar di Malaysia. Harga minyak, beras, letrik, kegunaan harian dan pendek kata segala benda di Malaysia ni dah naik melambung. Yang tak naik gaji pekerja yang makan gaji dan golongan pencen. Orang BN yang anti Pak Lah sibuk menggesa Pak Lah memberi mandat dan kuasa kepada Najib untuk menggantikannya, letak jawatan dan duduk rumah buat anak dengan isteri baru…
Tapi, penyokong Pakatan Rakyat termasuk aku pula sibuk meminta Ahli Parlimen BN agar segera lompat parti bagi membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan pusat! Cepat lah sikit… Rakyat dah sesak ni. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada janji-janji Pakatan Rakyat…
In other word – JUMP NOW!
Here’s a music video of old skool rap duo called Kris Kross with their hit single calle ‘Jump’ circa 1992!
Filed under: Arts, Life, Music, Poems & Poetry | Tags: Anak-Anak Kita, Berita Kepada Kawan, Ebiet G Ade, Karya, Lyrics, M Nasir, News For Friends, Nusantara, Puisi, Tanya Sama Itu Hud-Hud
Berita Kepada Kawan
(Buat Sahabat-Sahabat Yang Kian Lalai Dan Engkar)
Perjalanan ini…
Terasa sangat menyedihkan
Sayang… Engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan…
Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini…
Seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih…
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya “Mengapa?”
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya..
Kepada karang.. kepada ombak.. kepada matahari..
Tetapi semua diam.. tetapi semua bisu..
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit..
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan..
Melihat tingkah kita..
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa..
Atau alam mulai enggan..
Bersahabat dengan kita..
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang..
…………………………………………………………………………………………………………………………
Anak-Anak Kita
(Buat Ibu Bapa Yang Risau Akan Masa Depan Anak-Anak… Fikir)
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil menyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir…
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu?
Fikir…
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu?
…………………………………………………………………………………………………………………………
Tanya Sama Itu Hud-Hud
(Dalam kalut ada peraturan, Peraturan cipta kekalutan, Di mana pula kau berdiri..? Aku di sini!)
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri?
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”




Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang bebal-kolot-bodoh-sombong – Yang takut untuk berubah – Masih mengundi kerajaan jahanam ini. Pada mereka, hanya BN layak memerintah, bukan parti lain, hanya UMNO yang boleh menjaga ketuanan Melayu, bukan parti lain.. Nah, sekarang, rasakan kamu-kamu! – Masih ramai juga yang malas untuk mengundi / mendaftar – Terlalu ramai rakyat terutama remaja yang leka – lena disalut hiburan yang dihidang kerajaan. Jom Heboh, konsert sana sini, Black Eye Peas, Linkinpark, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood – Semuanya untuk melalikan remaja – Semuanya untuk takutkan remaja supaya tidak memilih yang lain dari BN sebab hanya BN yang mampu sediakan semua itu bagi santapan rohani mereka-mereka yang lalai dan tidur. Hanya kerajaan BN yang mampu mengadakan segala santapan bagi nafsu-nafsu serakah dan bodoh mereka-mereka ini. Kerana apa? Kerana remaja-remaja yang seperti ini belum mempunyai pendapatan tetap secara gaji bulanan. Mereka ini hanya ada BBMB – Bapak Bagi, Mak Bagi. Minta segalanya dapat. Mereka ini belum merasa tertekan menjadi rakyat Malaysia. Mereka-mereka yang aku katakan ini, rata-ratanya berasal dari keluarga mewah…