Flux Lounge


Imam Khalifah Besar Silat Pusaka Gayong
August 23, 2007, 5:36 am
Filed under: History & Literature, Life, Malaysian Politics

Imam Khalifah Besar Silat Pusaka Gayong
+ Dato Seri Anwar Ibrahim menerima mandat dari Puan Siti Fadhilah, anak kepada Allahyarham Meor Rahman.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala bilamana wasiat peninggalan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman terisi sudah apabila majlis pertabalan Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia selamat dijalankan pada awal Ogos lalu di Negeri Kedah Darul Aman.

Aku sebenarnya dah agak lama juga tak menulis dalam Bahasa Melayu… Bukannya apa, sahaja selama ini cuba mempraktikkan bahasa Inggeris aku yang berkarat, tanpa kenal hujung pangkal. Kadang kala tu, aku cuba juga belajar sedikit sebanyak dari para taulan sekeliling, antaranya Burn… Seorang yang aku ketahui mempunyai bahasa Inggeris kelas satu. Nak kata apa, abang ipar dia pun mat saleh… Tapi hakikatnya, penggunaan bahasa Melayu aku sendiri masih di tahap rendah dan lemah… Tak mengapalah, aku masih belajar dan akan tetap belajar…

Imam Khalifah Besar Silat Pusaka Gayong
+ Anwar berdiri disebelah Cikgu Majid Mat Isa (kiri) selaku pemegang amanah Pusaka Gayong Malaysia.

Bila berkisah tentang pertabalan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemegang amanat Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, ada kisah sikit yang aku nak sampaikan… Mungkin ramai yang tak tahu (kecuali rakan-rakan terdekat dan keluarga) bahawasanya, silat dan diri aku mungkin dah jadi satu. Dah tepu.. Sebati dalam diri.. (Tapi hakikatnya aku masih seorang penakut dan tidak handal). Banyak kisah-kisah perjalanan hidup aku termasuk merantau merata-rata, sedikit sebanyak ada melibatkan silat. Aku mula belajar silat semenjak berumur 9 tahun (darjah 3) di sebuah gelanggang kampung di kawasan Kampung Jawa, Klang, Selangor sekitar tahun 1987. Secara seriusnya, sampai ke hari ini aku tak tahu nama silat tersebut dan pelajaran aku pun tak sudah… Maklumlah, sebagai kanak-kanak, melompat bermain sahaja yang lebih… Minat untuk bersilat ni dah lama timbul semenjak darjah 2 lagi (lebih tepat lagi iaitu bila aku khatam kitab ‘Hikayat Hang Tuah’ yang tebalnya macam Kamus Dewan sekarang ni) tapi orang tua aku tak izinkan… sehingga umur meningkat ke 9 tahun, sejarah hidup aku pun bermula sebagai seorang pesilat…

Setiap petang, aku akan kayuh basikal ‘Chopper’ dari kawasan perumahan aku di Taman Klang Jaya sehingga ke Kampung Jawa yang mengambil masa kira-kira 30-45 minit (bergantung pada kelajuan). Sampai di gelanggang, aku akan dibuli dahulu oleh pesilat yang lebih tua untuk menyapu bersih kawasan gelanggang. Aku layan sahaja… Ye la, kita nak menuntut ilmu, apa pun sanggup… Tapi tak lama. lebih kurang setahun selepas tu aku mula jadi malas. (Sebab asyik dibuli pesilat tua). Tapi minat aku terhadap silat tak mati di situ sahaja. Sekitar umur aku 12 tahun. satu gelanggang baru di buka di kawasan perumahan aku. Gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia. Tanpa menunggu lama, aku terus mendaftar. Guru yang mengajar aku dipanggil Cikgu Daeng selain dibantu oleh Cikgu Ahmad Khusyairi, Cikgu Hairi (Juara Silat Olahraga Sukan Sea) dan beberapa nama yang aku tak ingat dah…

Aku mungkin sedikit bertuah bila mula ‘bermain’ Gayong berbanding anak Gayong yang lain… Aku jadi seorang murid kesayangan guru (Cikgu Daeng), aku kerap menjadi contoh terbaik dalam gelanggang selain jadi mangsa belasahan guru. Sehinggalah awal tahun 1991 (Masa ni aku dah tingkatan 1), Cikgu Daeng telah bawa aku ke Ipoh untuk berjumpa dengan Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Katanya, Mahaguru ada buat perkampungan anak-anak Gayong dari seluruh Malaysia, tapi tak ramai pun yang datang berkampung… Pada ketika ini, kesihatan Mahaguru pun sudah agak uzur tapi masih turun ke gelanggang melihat pesilat bermain.. Tangan kosong, keris, pedang, tombak, parang dan pelbagai lagi… Tanpa aku sangka, aku telah dipasangkan untuk bermain dengan seorang pesilat dari Johor untuk bermain tangan kosong di depan Mahaguru. Dipendekkan cerita, aku menang dalam acara ‘sparring’ tangan kosong tu dan Allahyarham Mahaguru turun ke tanah sambil memegang ubun-ubun kepala aku sambil berkata, “Mulai hari ini, kau adalah seperti anak kepada aku… Aku ambil kau sebagai anak angkat!” Dan itulah permulaan aku sebagai ‘anak angkat’ kepada Allahyarham Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman dan seterusnya pada ketika aku mula meningkat dewasa, gelaran ‘anak angkat’ ditambah dari Arwah Pak Mat dan Guru Majid Mat Isa selain Awang Daud di Gurun, Kedah… Beberapa bulan selepas aku kembali dari Ipoh, Ayahanda Meor Rahman menghembuskan nafas terakhir beliau… Al-Fatihah.

Sehingga umur aku sekarang (29 tahun), aku rasakan dah tak terkira jumlah Ayah dan Ibu angkat dalam senarai hidup aku. Itu pun masih tak termasuk ayah dan ibu angkat yang aku kutip sepanjang kembara beberapa tahun ke setiap pelusuk dunia. Kalau berkata tentang guru pula, sehingga kini secara ringkasnya aku senaraikan antara nama guru-guru yang pernah mengajar seni bela diri pada aku ialah Haji Arshad atau aku panggil Pak Chad (Silat kampung tanpa nama), Cikgu Daeng, Cikgu Ahmad Khusyairi, Cikgu Hairi, Mahaguru Dato Meor Rahman, Cikgu Majid Mat Isa (Silat Gayong & Pusaka Gayong), Arwah Pak Mat (Silat kampung tanpa nama), Cikgu Rahman (Tomoi Siam), Pak Muslim Hj Nordin, Pak Zohdi, Cikgu Elmi Azham Shah, Cikgu Helmi Zakuan (Silat Kalimah) dan beberapa nama yang aku dah tak ingat yang aku kutip dan belajar sepanjang perjalanan kehidupan… Pada mereka semua aku sedekahkan Al-Fatihah, buat yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia…

Hari ini, aku adalah salah seorang tenaga pengajar Silat Kalimah di Klang, Selangor dan masih belum puas bersilat. Insyaallah selagi badan masih berisi nyawa, selagi tulang empat kerat aku masih mampu bergerak… Selagi itulah aku ingin belajar dan mengajar ilmu warisan turun temurun bangsa Melayu… Buat sahabat semua, belajar dan peliharalah harta warisan pusaka kita ini. Kalau bukan kita, siapa lagi… Jangan nanti anak cucu dah tak kenal lagi silat Melayu…

Allahyarham Dato Meor Rahman
+ Gambar kenangan Allahyarham Ayahanda Meor Rahman.


17 Comments so far
Leave a comment

cite detail ni kite tatau pun?
:p

Comment by Mimie

haa tu laa… kena peka sikit dengan keadaan sekeliling. :-)

Comment by farul azri

mantap! penulisan bahasa melayu. artikel saya yang awak baca tu pun, percubaan pertama saya untuk guna semua perkataan bahasa melayu. nasib baik penulisan saya tak sampai tahap campur bahasa jepun skali.. bahaya2..
cikgu silat rupanya? bagus sungguh ya. saya tak sampai hajat nak belajar silat. saya akan cari peluang jugak untuk belajar. tak rugi. tak salah.
oh ya, D.Seri Anwar boleh bersilat? teringin nk tengok.. hihi

Comment by nadia

aiks ?
asal x penah taw pon sejarah silat ni?

need to know more laa!

Comment by fyka

salam.. menarik ni dari org silat kalimah cerita pasal gayong malaysia.. huhu.. saya pon anak buah cikgu khairi.. tapi masa nak dekat tournament aje laa.. huhu.. kenapa tak bersilat lagi..? Pak Chad kadang2 ada saya jumpa

Comment by ahoy

Assalamualaikom.
Saudara saya berminat nak tahu lebih lanjut tentang seni silat yang mmg tak pernah saye dengar sebelum ini. ternyata ianya sgt menarik perhatian saya! kebetulan saya sedang membuat kajian tentang seni silat di malaysia. boleh tak kalau saudara sudi menghubungi saya di emel yg diberi ASAP.Pertolongan saudara amat2lah saya hargai.

Tengkiu.
~Phyzha~

Comment by phyzha

Assalammualaikum Encik Ahoy,

Saya bukan dah tak nak bersilat lagi, cuma kadangkala masa tidak mengizinkan. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu bagaimana memberontaknya ia minta untuk bersilat lagi. Insyaallah, jika ada kelapangan dan kesihatan, pasti bersilat lagi. Sesungguhnya, kalau bukan kita yang nak pelihara warisan turun temurun ni, siapa lagi iya tak? Insyaallah, teruskan bersilat!

Dan buat Cik Phyzha, you got mail! :-)

Comment by Farul Azri

Eh, terlupa pula, encik Ahoy, jumpa Pak Chad di mana..? Kalau berkesempatan, kirimkan salam saya kepada beliau. Semoga beliau sentiasa dalam sejahtera.

Encik Ahoy orang Klang juga..?

Comment by Farul Azri

saya bersyukur kerana dapat melihat gambar kenangan ini

Comment by al-hadi

Alhamdulillah…

Comment by FarulAzri

[...] X Is The Way Of Life…Farul Azri on Butterfly… A New Be…FarulAzri on Imam Khalifah Besar Silat Pusa…Suewitty on English 101Suewitty on Butterfly… A New Be…al-hadi on Imam [...]

Pingback by Human Weapon - Silat « Flux Lounge

nusantaraempire.wordpress.com

Comment by Panglima Bumi Sakti

bgus,truskn lg usehe 2

Comment by nazli

say amat tertarik dengan silat gayong ,bagaimana untuk saya jadi salah seorang dari ahli silat ini??

Comment by ida

saya baru mempelajari seni silat gayong pusaka dan saya rasa bergitu bangga mempelajari tentang ilmu persilatan yang turun termurun ini

Comment by aliff

bro…aku nak tanya sikit…aku masih sayangkan seni silat gayong dan aku ingin terus mempelajari seni silat gayong…dah lamu aku berenti semenjak abis sekolah..boleh tolong aku tak mana aku nak cari tempat berguru disekitar area klang…harap dapat membantu..012-6085737-haidhir

Comment by haidhir

bes gax clat ni, cm ne law nk blajar clat ni ea, 4 in4 le add sy at fb , search bie sakay

Comment by bie sakay




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: